Scroll images by bigoo.ws

Friday, March 03, 2006

WAJARKAH HARGA MINYAK NAIK SEBANYAK 30 SEN?

Kenaikan harga minyak bagi kawasan Semenanjung Malaysia telah dinaikkan sebanyak 30 semalam( 28/02/2006). Inilah kenaikan yang terbesar sejak Julai 2005. Yang mana sebelum ini kenaikan harga minyak berkisar antara 10 sen dengan 20 sen. Tetapi kenaikan yang terbaru pada penghujung Februari 2006 agak mengejutkan kerana kenaikan pada paras 30 sen dianggap tertinggi yang bakal membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Yang mana pasti akan berlaku kenaikan harga oleh pemborong dan peniaga runcit.

Persoalannya wajarkah kenaikan mendadak sebanyak 30 sen? Atau pehak kerajaan sepatutnya menaikkan secara berperingkat-peringkat? Bermula 10 sen dan selepas 3 atau 6 bulan kemudian dinaikkan lagi sebanyak 10 sen lagi dan begitulah seterusnya. Bergantung pada harga minyak semasa. Walau pun negara Malaysia sebagai pengeksport minyak dimana ia juga membeli minyak mentah yang murah diAsia Barat dan memprosesnya dan kemudian dijual pada harga yang tinggi mengikut harga pasaran semasa.

Walau apa jua pun alasan yang diberi oleh pehak kerajaan, yang bakal menanggung beban, yang bakal menanggung kenaikan harga dan yang bakal menanggung kemerosotan ekonomi akibat kenaikan harga barangan dan yang bakal menanggung inflasi ialah rakyat jelata jua. Nilai ringgit jatuh merundum. Bukan jatuh akibat kenaikan Dollar Amerika atau kenaikan Euro Eropah atau kenaikan Dinnar Emas. Tetapi akibat kenaikan harga minyak! Kuasa beli rakyat makin berkurangan!

Pada mereka yang menjawat dalam jawatan kerajaan, pada mereka yang berkhidmat dalam kumpulan tertinggi dalam sektor swasta serta juga pada mereka yang berpendapatan tetap walau pun kenaikan harga minyak sedikit sebanyak mengurangkan daya beli mereka namun bebanan kepada yang berpendapatan rendah seperti para petani, para nelayan , mereka yang bekerja sendiri apatah lagi pada kumpulan yang kurang bernasib baik seperti penggangur samada penganggur terhormat atau penganggur yang insan lain tak hormat. Sebab tidak tahu menggunakan kepakaran tulang empat kerat.Merekalah yang akan menjadi mangsa pada kenaikan harga minyak tersebut!

Apakah wajaran bagi pehak kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi menampung projek-projek mega kerajaan seperti projek kemudahan pengangkutan awam yang dikatakan dapat menjimat belanja sebanyak RM 4.4 billion? Yang pasti kenaikan harga minyak sudah pasti akan menaikkan harga makanan dan minuman dan lain-lain lagi keperluan asasi manusia ! Manakala penjimatan pada sektor pengangkutan awam hanya dirasai oleh mereka yang menggunakan kemudahan tersebut. Pada mereka yang tidak menggunakan kemudahan awam tidak akan merasai apa-apa.

Juga kumpulan sasaran yang paling beruntung ialah mereka yang dapat kontrak atau tender untuk memperbaiki asas kemudahan awam dan lain-lain projek kerajaan!! Yang mana jika dilihat setakat ini banyak projek-projek seperti jejambat lingkaran awam bukan sahaja tidak menepati piawai akibat pembinaan dengan kualiti yang rendah . Yang mana tidak berbaloi dengan harga projek yang ditawarkan yang mana akhirnya tidak tahan lama. Wang rakyat yang digunakan untuk perbelanjaan kerajaan juga yang menjadi mangsa!!

Dimana wajarannya jika dikatakan wang kerajaan diusahakan untuk pembangunan rakyat? Yang kaya raya ialah mereka yang mendapat projek tersebut terutama kroni- kroni dari kerajaan. Memandangkan banyak projek tersebut tidak dibuka secara tender tetapi melalui kaedah pemberian terus.Sedangkan pendapatan rakyat biasa tidak juga berubah ! Rakyat biasa mana dapat mengenali pegawai-pegawai kerajaan. Apatah lagi hendak berhubung dengan projek-projek kerajaan?

Tetapi bila kenaikan harga minyak, rakyat jelata juga yang diminta berkorban! Sedangkan yang kaya raya masih lagi boleh melancong kesepelusuk dunia . Masih lagi boleh membina rumah banglo dan kondominium yang bertingkat-tingkat! Mereka boleh lagi mendapat permit AP! Masih boleh lagi mendapat projek-projek atas ehsan politik ? Beberapa banyak projek-projek mega yang berjaya dianugerahkan pada mereka yang berkelayakan ? Sedangkan umum mengetahui yang mendapat projek-projek tersebut semuanya dibolot oleh keluarga pemerintah baik UMNO, Gerakan, MCA, MIC atau Konsortium Barisan Nasional!

Semoga pehak kerajaan dapat menimbang kembali akan kenaikan harga minyak yang dirasakan amat tidak bermunasabah! Mungkin boleh diterima alasan pada kenaikan harga minyak sebanyak 10 sen atau sekurang-kurangnya 20 sen. Tetapi pada kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen bukan sahaja akan mengsengsarakan rakyat jelata malahan dikhuatiri boleh mengacau bilaukan keamanan kerana semua pehak memerlukan wang!

Termasuk juga pada pehak penganggur, perompak, pencuri, penyelok saku, kaki buli, dan lain-lain para penjenayah yang lain. Kalau tidak ditanam dengan iman dan taqwa. Apa jaminan Pak Lah dan Datok Najib bahawa Malaysia adalah negara cemerlang, terbilang dan gemilang!

Mungkin ucapan rakyat.... Wallahualam!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home