Scroll images by bigoo.ws

Friday, March 03, 2006

Katrina: Dilema baru Bush

WASHINGTON 2 Mac - Presiden George W. Bush semalam menghadapi kontroversi baru berhubung dengan cara beliau menangani bencana taufan Katrina yang melanda kawasan pesisiran Teluk Mexico di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.

Kontroversi itu timbul apabila AP menyiarkan gambar-gambar dan butir-butir terperinci mengenai satu majlis taklimat berhubung dengan bencana Katrina.

Menurut AP, taklimat itu diadakan pada 28 Ogos, ketika taufan Katrina dilaporkan sedang bergerak laju ke arah New Orleans dari Teluk Mexico.

Dalam majlis taklimat itu, Bush dan para pegawai kanannya diberi amaran tentang kemusnahan besar yang boleh berlaku akibat taufan kategori lima itu.

Bush mendengar taklimat tersebut melalui talian video daripada ladangnya di Texas, di mana beliau sedang bercuti.

Menurut AP, sepanjang taklimat itu diadakan, Bush tidak bertanya sebarang soalan sebaliknya berkata, ''saya ingin memberi jaminan kepada setiap penduduk bahawa kami sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Katrina.''

Gambar-gambar rakaman video yang eksklusif itu disiarkan hampir enam bulan selepas Katrina melanda pada 29 Ogos, yang mengorbankan lebih 1,300 orang, kebanyakannya di New Orleans. Lebih 2,000 lagi masih dilaporkan hilang.
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Jumaat / 3 MArch 2006 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home