Scroll images by bigoo.ws

Friday, March 03, 2006

Israel enggan buka pintu masuk kargo ke Palestin

BANDAR GAZA 2 Mac - Israel tidak akan membuka laluan kargo utama di Semenanjung Gaza hari ini meskipun rejim itu dijangka berbuat demikian bagi menyalurkan bantuan makanan.

Pegawai-pegawai Palestin yang berada di kawasan sempadan memberitahu, mereka telah dimaklumkan semalam bahawa laluan di Karni itu akan dibuka hari ini dan berita tersebut turut diperakui oleh sumber-sumber tentera Israel.

Bagaimanapun, Israel memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) malam tadi bahawa Karni tidak akan dibuka seperti yang dijangka memandangkan pejuang-pejuang Palestin terus melancarkan serangan roket ke arah pos kawalan Israel di kawasan berkenaan.

Ekoran keputusan itu, Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Sempadan Palestin, Salim Abu Safiyeh menyelar tindakan Israel kerana menutup laluan tersebut.

Ini kerana ia bukan sahaja akan mencetuskan krisis kemanusiaan kepada rakyat Palestin bahkan juga boleh mengancam bekalan makanan yang kian berkurangan.

Dalam pada itu, pemangku Perdana Menteri, Ehud Olmert menehaskan, beliau akan menggunakan pendekatan amat tegas terhadap militan ekoran peningkatan keganasan sejak kebelakangan ini.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pula berkata, beliau telah menerima maklumat bahawa rangkaian Al-Qaeda kini beroperasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza
sumber dari http://www.utusan.com.my ( Jumaat / 3 March 2006 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home