Bekas PM minta Abdullah berhenti?
Assalamualaikum,
Sekadar meletak jawatan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana yang rosak dan korup bukan sekadar orangnya, tetapi sistem pemerintahan yang berkiblat ke Barat dan bukan bersumberkan Al Quran dan Sunnah itulah puncanya. Pemandu F1 pun jika diberi kereta yang bermasalah enjinnya, tidak akan dapat melakar kejayaan walau sekali apatahlagi mencapai hattrick dsb. Di Indonesia telah terbukti mantan Presiden BJ Habibie yang berlatarbelakang pensyarah universiti yang tidak kedengaran penglibatannya di dalam kronisme, nepotisme dan ntah apa lagi isme isme yang ada terbukti hanya mampu bertahan selama lebih kurang 521 hari di atas takhta kerana yang bermasalah adalah negara Indonesia (dan Malaysia juga) itu sendiri memiliki sistem pemerintahan yang buruk, yang tidak ada cop Halal dari Allah Subhanahu Wa Taala. Maka, jika tukar driver aje manakala kereta (sistem) memang rosak ~ esok lusa, minyak tak naik tapi harga benda lain yang naik seperti penguatkuasaan cukai keatas barangan & perkhidmatan (GST). Ketika itu, Sang Pemimpin akan mendendangkan lagu lama - " Kita patut bersyukur kerana di negara lain GST lagi tinggi dari Malaysia.. bla... bla.. bla..."
Harga minyak naik 30sen yang sebenarnya menaikkan kemarahan saya juga sebagai seorang pengguna minyak sebenarnya hanyalah gejala atau symptoms. Penyakit sebenar atau "root of the problem" tidak lain adalah sistem kapitalis-sekularisme yang diguna-pakai, yang dianggap sebagai method atau thariqah terbaik untuk memerintah negara seolah-olah semasa Nabi mendirikan Negara Islam pertama di dunia iaitu di Madinah 1400 tahun silam, tidak ada manusia beragama selain Islam hingga Islam dianggap kureng sesuai diaplikasikan di dalam negara berbilang bangsa dan agama. Apabila manfaat (benefits) sahaja yang dipentingkan, apabila kedudukan Sang Pemerintah dan Sang Boneka-Boneka yang bersemayam sahaja dipentingkan, rakyat terbanyak yang teraniaya tanpa mengira bangsa dan agama. Umpa pesanan Datuk Seri Najib dalam TV semalam (ada verbatim di Utusan 2/3/2006 ruangan Rencana) - suruh rakyat menunggang Sang Kancil untuk jimatkan kos tetapi sanggupkan beliau buat dulu untuk kesana-kemari dengan adindanya Datin Seri Rosmah itu dengan Kancil?
Justeru, penyelesaian total hanyalah dengan mencantas sistem pemerintahan sedia ada dan menggantikannya dengan Sistem Pemerintahan Islam yang unik iaitu sistem Khilafah sebagaimana yang pernah dipraktikkan selama lebih 1300 tahun sehingga kejatuhannya secara rasmi pada 3 Mac 1924 (almost 82 years). Penyelesaian total ini bukan kerja satu individu, tidak boleh dilakukan oleh pendakwah yang bergerak secara 'freelance'. Sebaliknya ianya adalah kerja / usaha secara kolektif, kerja berjamaah. Walaupun begitu, kerja berjamaah ini amat payah untuk dilakukan secara istiqamah ~ rain or shine, sick or healthy, fat or skinny, sad or happy ~ sekiranya tidak mempunyai gambaran yang jelas apakah matlamat akhir - (Vision) dan juga cara untuk mencapainya (Mission,Strategi,etc).
Sistem Pemerintahan Islam atau Sistem Khilafah ini adalah sesuatu yang agak asing bagi sesetengah golongan umat Islam kerana Perlembagaan Persekutuan yang menjadi Kitab Rasmi Negara lebih difahami, yang sebenarnya dicedok dari common law hasil "air tangan" Lord Reid. Check buku Sejarah untuk keterangan lanjut.
Muslimin, Muslimat yang dikasihi,
Sesuatu yang perlu difikir dan direnung secara mendalam dan dikaji dengan mengambil sumber dari ulamak muktabar dan nas yang soheh adalah bahawasanya, Daulah Islam itu tegak dari satu sistem tersendiri yang unik, yang mana kita tidak dapat membayangkan dan menjelaskan kepada umat Islam secara tuntas sekiranya kita meletakkannya sebagai subset dari Sistem Pemerintahan selain Islam iaitu Demokrasi, Autokrasi, Teokrasi dan lain-lain rasi. Selagi kerangka berfikir kita masih di dalam "rasi-rasi" yang disebutkan di atas, selagi itulah kita tidak akan dapat menjelaskan secara tuntas bentuk sistem pemerintahan Islam sebenar. Ini adalah kerana matlamat kita bukan hanya untuk mencantas sistem Kuffar bersama dengan pendokongnya yang melakukan kekejaman lebih dari sekadar menaikkan darah kita dan menaikkan harga minyak sebanyak 30. Tetapi matlamat akhir kita adalah berusaha meraih redha Allah (ridwanilLah) maka tidak dapat tidak, jalan untuk meraihnya mestilah dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, yang bermula di Mekah dan berjaya didirikan di Madinah setelah Baitul Aqabah II. Ikhlas sahaja tidak cukup jika tidak mengikut kaifiyat yang ditunjukkan Rasullah. Ends just not justify means. Ia bukan satu kerja mudah tetapi bak kata orang ~ Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama. Jika kita mudah menerima istilah-istilah asing seperti anjakan paradigma dsb, kenapa kita berasa asing untuk menerima sesuatu dari Nabi yang kita sayang dan bela. Takkan nak bela Nabi masa insiden karikatur aje sedangkan tidak adanya Islam dalam kehidupan secara total dalam sebuah Negara (Daulah) akibat makar pihak Kuffar itu sendiri adalah penghinaan tertinggi (the insult of the highest order) terhadap Rasulllah. Sepatah kata Imam Syafie ~ menegakkan Daulah Islam itu adalah ibu (induk) segala fardu. Sabda junjungan mulia:-
Taraktu fii kum amraiyn. Telah aku tinggalkan untuk kamu dua perkara.
Lan tadhillu ma tamassaktum bihima : Kamu sekali-kali (never ever) tidak akan sesat selama berpegang teguh pada keduanya (iaitu)
Kitaballahi wa sunnata nabiyyihi. Kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya.
Al Quran dan Sunnah itu ibarat peta. Peta supaya tak sesat. Maklumlah, di hujung perjalanan hanya ada 2 pilihan: Syurga atau Neraka. Tidak ada tengah-tengah atau tempat landing sementara. Peta itu perlu dikaji, dibelek, diajarkan pada orang lain, dikuatkuasakan pada semua pendokong dan penyokong yang telah faham bahawa tidak ada cara lain untuk meraih kejayaan melainkan dengan petunjuk Allah. (Lainlah jika rasa peta tu dah obsolete). Kepada yang mengimani bahawa peta itu adalah evergreen dari dulu, kini dan selamanya - perlulah buat sesuatu. Jika peta hanya disimpan dirak-rak khutubkhanah, hanya dibaca secara lisan tanpa difahami yang tersirat, ianya adalah ibarat dah gelincir matahari baru nak cari buku Ahkamussolat untuk mencara tatacara, rukun, syarat untuk solat Zuhur. Bayangkan antum hendak melepaskan qada hajat tetapi setelah ada 'rasa' baru nak cari tandas, bayangkan apa yang berlaku jika ia diluar rumah atau ditempat awam yang jauh dari kemudahan. Saya tak sanggup bayangkan. Unimaginable.
Di zaman Daulah Islamiyyah dahulu, seorang Kristian (Nasrani) bernama Salim bin Baz menulis Kitab Fiqh. La ni, umat Islam jadi menulis buku-buku dan menjadi pakar ekonomi Kapitalis dan pakar sistem pemerintahan Kafir.. isk isk isk..

sumber dari SiberMelayu@yahoogroups.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home