Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim Perlu jadi Contoh Berbasikal Kepejabat Jangan Hanya Pandai Bercakap......
Hanya menteri yang bodoh dan bangang saja yang mengeluarkan kenyataan macam ni. Tak pernah berfikir ke si Shahidan yang dia ni merupakan kakitangan kerajaan. Adakah kenyatan yang dikeluarkan dalam media semata-mata untuk meraih publisiti murahan..???..kita tunggu dan lihat pulak selepas ini samada si Shahidan ni pergi ke tempat kerja dengan menaiki basikal atau kereta perdananya......
Kakitangan kerajaan dicadang guna basikal
KANGAR 3 Mac - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyarankan semua pegawai dan kakitangan kerajaan di negeri ini supaya menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk ke pejabat berikutan kenaikan harga minyak.
Menurut beliau, ia boleh dipraktikkan sebagai menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat berjimat-cermat dan mengurangkan perbelanjaan supaya tidak merasai beban akibat kenaikan bahan mentah itu.
Jelasnya, pada peringkat awal, masyarakat mungkin akan melihat langkah tersebut sebagai sesuatu yang agak janggal terutama bagi mereka yang memegang jawatan tinggi seperti pengarah atau ketua jabatan.
''Tetapi kalau ia dibudayakan dan diamalkan pada setiap hari ia akan menjadi perkara biasa.
''Kita perlu ingat bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, perbelanjaan harian perlulah diberikan perhatian serius dan jangan membazir,'' katanya ketika berucap di majlis Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 peringkat Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam negeri di sini.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram (kg).
0 Comments:
Post a Comment
<< Home