Scroll images by bigoo.ws

Friday, October 21, 2005

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Ditangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guruitu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini,ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika sayaangkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guruberganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya,semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembaliberkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur,maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, makakatakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu sajamurid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidaklagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid,begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita denganperbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadibathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalikdan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yangpelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadihal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dantrend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yangwajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidupdan lain lain! ." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari,anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur\'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah,bagaimana caranya mengambil Qur\'an yang ada ditengah tanpamemijak karpet?
"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengantongkat,dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur\'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda denganterang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda", perlahan-lahan dari pinggir, sehingg! a anda tidak sadar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, makabangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkarrumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu sajahiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkandulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumahdihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akanmenghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaiandan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telahmeninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankanoleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?"tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnyaPerang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidaklagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan,mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserangserentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, barumereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, danmari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinarterik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajarmereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
sumber Dari kotak email

Thursday, October 20, 2005

Takziah Kepada PM dan Keluarga

Warga pemuda Pas Kawasan Jasin Mengucapkan Takziah kepada PM dan Keluarga beliau di atas kematian Datin Seri Endon Mahmood. Semoga PM dan Keluarga bersabar menghadapi peristiwa ini dan berdoa semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dari Allah S.W.T.

Friday, October 14, 2005

Berzina Dengan Ikhlas




Berzina Dengan Ikhlas
Dilulus terbit pada Tuesday, October 11 @ 09:45:18 MYT oleh LinuxPro
triple_j menulis -
"Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:
Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.
Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.
Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!
Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi) : Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.
Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Semua adalah halal bagi Machiavelli.
Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!
Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).
Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.
Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)
Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(J- Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)"
Sumber -Tranungkite

TAHAJJUD


" Barang siapa yang mendirikan solat malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosanya yang telah lalu" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, October 10, 2005

SUAMI MITHALI


Assalamualaikum wm...wb....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai . Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak mata bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

- dipetik dari portal ukhwah.com

Friday, October 07, 2005

Pejuang Agama Allah Selayaknya Terima Zakat



Pejuang agama Allah selayaknya terima zakat – Ustaz Zulkifli
Monday, October 03 @ 16:57:41 MYT
Oleh OMAR SAIDIMELAKA, 3 Okt (Hrkh) - Para pejuang yang menegakan agama Allah adalah golongan selayaknya menerima zakat, kata Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.
Beliau berkata tidak sah zakat seseorang yang dibayar kepada mana-mana kerajaan yang tidak menjalankan peraturan atau hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat berkata demikian dalam ucapan perasmian pelancaran ‘"Semarak Ramadan’ anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Markas PAS Bukit Katil malam semalam.
Beliau berkata walaupun cabaran sentiasa meningkat, perjuangan untuk menegakan agama Allah wajib diteruskan.
Katanya, menurut seorang ulama terkenal, Prof Dr Yusuf Al Qardhawi, penyertaan dalam pilihan raya adalah diharuskan untuk meneruskan perjuangan dan tidak semestikan melalui kekerasan.
Majlis tersebut dihadiri 50 pemimpin PAS kawasan dan cawangan dari seluruh kawasan Bukit Katil.
Ustaz Zulkifli berkata, bulan Ramadan adalah bulan menggembirakan bagi umat Islam yang sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun.
"Bulan Ramadaan banyak berlaku peristiwa yang memberi pengajaran untuk kita agar terus beristiqamah di dalam perjuangan untuk menegakan agama Allah seperti peperangan Badar Al-Qubra yang berlaku pada tahun kedua Hijrah,” katanya.
Beliau mengingatkan pejuang Islam supaya tidak sambil lewa dalam perjuangan,
Sebagai orang yang bertakwa, sepatutnya kita berasa gerun kepada Allah dan puasa bukanlah matlamat tetapi ketakwaan adalah terpenting, katanya.
Beliau berkata Ramadan adalah umpama sebuah madrasah yang melatih diri kita supaya lebih bertakwa.
Terdahulu Pengerusi Semarak Ramadan PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ali Sharif meminta para pimpinan dan ahli PAS mengikut program Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka iaitu:
1. Tilawah dan Tadabur ayat-aayat seperti berikut.
1.1 Surah Al Fatiha- Asas agama yang sempurna
1.2 Al Muzammil-Bekalan Ruh di sepanjang jalan dakwah dan perjuangan.
1.3 Al Muddathir- Dakwah dan persediaan para daie.
1.4 Al Saff- Penyusunan Jemaah agar tersusun rapi.
1.5 Al Hujurat- Adab pemimpim dan pendukung dakwah.
1.6 Al Qital (Muhammad) kesetiaan kepada perjuangan dan jihad.
1.7 Al Fath- Mencapai kemenangan.
Modul 11 (Hafalan)
1. Ayat 1 -10 Surah Al Muzzammil.
2. Ayat 1- 10 Surah Al Muddathir.
Modul 111: Ma'thurat Sughra (Pagi dan Petang)
Modul 1V : Qiamulai (Sepanjang 10 terakhir bulan Ramadan).
Selain itu kata Haji Ali, sesiapa yang ingin imfak seperti barang makanan beras, gula minyak masak dan susu sila hubungi Ketua Lajnah Ekonomi, Abd Rahim Idris nombor telefon: 0196087287 atau Haji Ali Sharif di talian 0196551818. - lanh

SURAH AL-QURAN TUNGGANG TERBALIK


Edisi Nasional: Surah al-Quran tunggang terbalik
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
RAWANG: Seorang eksekutif logistik terkejut apabila surah naskhah al-Quran yang dibaca selepas solat Asar kelmarin, bercampur- aduk tanpa mengikut susunan asal. Naskhah al-Quran `tunggang terbalik’ itu yang dicetak di Taman Kempas, Johor Bahru pada 2000 mendapat kelulusan bertulis Kementerian Dalam Negeri (KDN) (sekarang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri) seperti tertera pada halaman terakhirnya.
Burhanuddin Yusof, 33, yang pernah mengikuti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata beliau bimbang sejumlah al-Quran yang dicetak pada tahun itu dimiliki ramai lagi umat Islam.. “Mustahil hanya satu naskhah al-Quran dicetak salah. Saya bimbang cetakan ‘songsang’ seperti itu diletakkan di surau serta masjid untuk bacaan umum,” katanya yang menyedari keganjilan isi kandungan al-Quran terbabit ketika mengunjungi rumah kakaknya, Noraini Yusof, 42, kelmarin.
Menurutnya, selepas solat Asar, dia membelek al-Quran itu sebelum membacanya. “Saya tersentak apabila mendapati sesuatu tidak kena ketika membaca surah al-Waqiah berikutan tiada ayat permulaan surah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Dia kemudian meneliti keseluruhan kandungan al-Quran terbabit dan mendapati susunan surah dan ayatnya bercelaru.
“Bagi orang yang tidak mahir mengenai al-Quran, mereka mungkin tidak menyedari kesilapan itu, malah terus menggunakannya. “Sebagai umat Islam, saya amat kesal dengan kewujudan al-Quran ini yang boleh menyesatkan. Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan perlu disiasat secara mendalam,” katanya.
Menurutnya, 16 halaman pada al-Quran itu dikesan bercampur-aduk susunan tidak mengikut turutan bermula pada halaman 520 hingga 536. Muka surat salah terbabit bermula pada bilangan 520 sebelum tiba-tiba melompat ke muka surat 281, 282 sebelum berubah ke muka surat 523, 524, 285, 286, 527, 528, 289, 290, 531, 532, 293, 294, 535 dan 536. Keadaan muka surat berselerakan ini turut menyebabkan 10 surah bercantum tanpa mengikut susunan wajib.
Beliau berkata, kesilapan itu secara tidak langsung merosakkan kesucian al-Quran “Apa yang berlaku tidak wajar dipandang remeh oleh pihak yang bertanggungjawab. Saya juga kesal kerana terdapat cop Kementerian Dalam Negeri yang secara langsung memperakui kitab terbabit untuk edaran umum,” katanya. Selain nombor fail KDN yang tertera pada cop itu, kata Burhanuddin, terdapat tanda pengesahan daripada Lembaga Pengawalan, Perlesenan dan Percetakan al-Quran yang memperakui ayat al-Quran di dalamnya betul.
Beliau sedih anak saudara perempuannya yang berusia 12 tahun khatam dua kali membaca al-Quran itu. “Akibatnya, dia terpaksa mengulangi semula bacaan dari awal menggunakan al-Quran lain selepas diberitahu kesilapan berkenaan,” katanya. Susulan penemuan al-Quran itu, Burhanuddin membuat aduan kepada Bahagian Tapisan Media Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semalam. Bagaimanapun dia diarah menyalurkan aduan terbabit ke KKDN yang didakwa lebih bertanggungjawab dalam isu terbabit. “Saya meminta hal itu disiasat dan segera menarik semula lesen percetakan sekiranya didapati syarikat itu melakukan kesalahan. “Ini bukan kesalahan kecil yang boleh ditutup sebelah mata. Sebagai umat Islam saya bertanggungjawab dan meminta pemilik al-Quran lain memeriksa kandungan al-Quran masing-masing,” katanya.

Tuesday, October 04, 2005

SELAMAT BERPUASA




Kami Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga Kita mendapat keampunan, keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. Amin

APA LE BN NI.( SAY NO TO YES)

Sepatutnya benda yang baik tu disokong dan benda yang tak betul jangan dipertahankan walaupun ianya datang dari parti lawan. Semuanya ini adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Tapi lain pulak halnya dari BN ni. Dua orang ahli parlimen BN akan dirujuk kekabinet kerana menyokong Lim Kit Siang dalam isu AP Rafidah. Apalahhhh.....(kau baca sendirilah lepas tu kau fikir sendiri ok....) utusan online melapurkan:
Padah sokong Kit Siang -- Dua ahli Parlimen Barisan Nasional dirujuk ke Kabinet
Oleh HELMI MOHD. FOAD dan HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan dirujuk kepada Kabinet kerana menyokong usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang supaya diambil tindakan ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu dibuat kerana tindakan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) adalah bertentangan dengan dasar parti.
Ini kerana, katanya, pada dasar dan amalannya, penyokong-penyokong kerajaan tidak boleh menyokong usul yang dibawa oleh wakil pembangkang.
``Kita dah sampaikan perkara ini kepada dua ahli BN itu dan mereka telah menyampaikan rasa kesal serta memohon maaf di atas perbuatan yang dilakukan.
``Mereka tahu bahawa ini adalah perbuatan yang menyalahi dasar parti,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Parlimen di sini, hari ini.
Perkara itu tercetus apabila Kit Siang hari ini mengemukakan usul untuk merujuk Rafidah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ekoran surat penjelasan mengenai isu permit import (AP) kenderaan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Sidek Hassan yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.
Ahli-ahli Parlimen menyifatkan surat itu sebagai menghina mereka.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah Parlimen seorang ketua setiausaha bertindak menghantar surat penjelasan kepada wakil rakyat berhubung isu berbangkit mengenai kementerian berkenaan.
Lazimnya, jawapan lisan atau bertulis kepada soalan-soalan ahli-ahli Parlimen hanya boleh dijawab oleh menteri atau timbalannya atau setiausaha Parlimen - bukannya KSU.
Perkara itu berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum Rafidah dijangka memberikan penjelasan berhubung semua isu yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen sebelum ini, esok.
Usul Kit Siang turut disokong oleh Mohamed dan Bung Moktar, tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr. Yusof Yacob yang menangguhkan persidangan selama 15 minit bagi membuat keputusan.
Sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan digantung tiga bulan dari jawatan kerajaan sehingga 22 September lalu kerana mengkritik dasar kerajaan di dalam Dewan Rakyat.
Sidek enggan mengulas ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.
Najib yang juga Ketua Whip BN berkata, kedua-dua penyokong kerajaan itu menjelaskan bahawa tindakan mereka itu adalah berikutan surat tersebut yang dirasakan tidak wajar dikeluarkan.
``Bagaimanapun dalam apa jua keadaan mereka tidak boleh menyokong usul yang dibawa parti pembangkang.
``Rasa tidak puas hati mereka itu haruslah dirujuk kepada pihak kerajaan,'' jelasnya.
Ditanya mengenai sebarang bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamed dan Bung Moktar, Najib berkata, mereka telah meminta maaf.
``Sebarang tindakan selanjutnya perlu diputuskan Kabinet,'' tegasnya.
Di Dewan Rakyat, Kit Siang menyatakan, sebarang jawapan yang diberikan di Parlimen perlu dilakukan oleh menteri sendiri dan bukannya ketua setiausaha kementerian.
``Apa hak KSU untuk tulis surat itu? Dia sudah menghina dewan yang mulia, sebab itu dia patut dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan.
``Dia tidak mempunyai sebarang urusan untuk tulis surat ini secara langsung kepada anggota-anggota Parlimen, apa hak seorang pegawai kerajaan untuk campur tangan dalam hal urusan Parlimen?'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2006 hari ini.
Surat bertarikh 30 September yang ditandatangani oleh Sidek itu menjelaskan isu yang dibangkitkan di Parlimen berhubung kesan daripada pengeluaran senarai anggota Parlimen yang telah menerima AP kereta bagi kegunaan sendiri.
Surat itu menyebut, dalam jawapan kepada soalan Kit Siang sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah di Unit Perkhidmatan Perdagangan MITI, Salimi Sajari telah mengepilkan senarai penerima AP di kalangan ahli Parlimen tanpa pengetahuan timbalan menteri atau mana-mana pegawai kanan kementerian itu.
Bung Mokhtar berkata: ``Kenapa menteri tidak tandatangan surat itu. Kenapa suruh orang dia jadi mangsa.
``Saya percaya perkara seumpama ini pertama kali berlaku dalam sistem berparlimen kita dan saya setuju usul Ketua Pembangkang itu kita terima supaya perkara ini kita selesaikan dengan segera.
``Ini soal maruah Parlimen kita, kita kena pertahankan.''
Mohamed Aziz pula menyatakan tindakan Mohd. Sidek itu seolah-olah ingin membodoh dan mempermain-mainkan ahli Parlimen.
``Ini bukan masalah Ipoh Timur, bukan masalah pembangkang, (sebaliknya) ia adalah masalah maruah Parlimen, `' katanya.
Esok, jika berlaku, Rafidah dijangka hadir di Dewan Rakyat bagi menjelaskan soal isu AP serta dakwaan mengenai rekod kehadirannya yang buruk ke Parlimen.

Monday, October 03, 2005


Sifat Puasa Nabi saw (صفـة صـوم النبي صلى الله عليه وسلم )
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin

Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin (kamin)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه ، أما بعد:


Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.

Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :

بني الإسلام على خمس: شهادة أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وإقام الصلاة، وإيتاء الزكاة، وصوم رمضان، وحج البيت الحرام
"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].

Orang2 yang berpuasa :-

* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.

* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.

* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.

* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.

* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.

* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.

* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.

* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.

Hukum-hukum didalam berpuasa

1-Niat :

Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :
من لم يُجمِع الصيام قبل الفجر فلا صيام له
"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]

Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-

من لم يبيت الصيام من الليل فلا صيام له
"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].

Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.

[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]

2- Waktu berpuasa :

Firman Allah swt :

وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر
"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).

* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).

Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :

إذا أقبل الليل من هاهنا وأدبر النهار من هاهنا، وغربت الشمس فقد أفطر الصائم
"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].

Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.

3-Sahur

Sabda Nabi saw :

فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر
"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :

البركة في ثلاثة: الجماعة، والثريد، والسحور
"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].

Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :

السحور أكلة بركة فلا تدعوه ولو أن يجرع أحدكم جرعة من ماء، فإن الله وملائكته يصلون على المتسحرين
"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :

نعم سحور المؤمن التمور
"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].

Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.

[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : (إذا سمع أحدكم النداء، والإناء على يده، فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه) "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]

4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه وشرابه
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :

ليس الصيام من الأكل والشراب ، وإنما الصيام من اللغو والرفث ، فإن سابَّـك أحد أو جَهِل عليك فقل : إني صائم
"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].

5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :

* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :

كان يدركه الفجر وهو جنب من أهله ثم يغتسل ويصوم
"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :

لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء
"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :

وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً
"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]

* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبّل وهو صائم، ويباشر وهو صائم، ولكنه كان أملككم لإربه
"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :

إن الشيخ يملك نفسه
"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :

لا باس أن يذوق الخل أو الشيء ما لم يدخل حلقه وهو صائم
"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :

ولم ير أنس والحسن وإبراهيم بالكحل للصائم باساً
"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]

6- Berbuka Puasa :

* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :

كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يفطر قبل أن يصلي
"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari

Anas bin Malik ra. berkata :

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم يكن رطبات فتمرات، فإن لم يكن تمرات حسا حسوات من ماء
"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :

للصائم عند فطره دعوة لا ترد
"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].

Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :

ذهب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله
"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]

7 - Perkara yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :

إذا نسي فأكل وشرب فليتم صومه ، فإنما أطعمه الله وسقاه
"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :

من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء فليقض
"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].

Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.

* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.

* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.

* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.

* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.

* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.

8-Qadha' Puasa

Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :

من مات وعليه صوم صام عنه وليه
"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]

9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :

Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة، فمن تركها فقد كفر
"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :

Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :

ما كان النبي -صلى الله عليه وسلم- يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]


Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.

Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.

11-Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :

فرض رسول الله - صلى الله عليه وسلم - زكاة الفطر من رمضان على الناس
"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.

Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

==========
kamin
Sekian, wassalam
25-09-2005, Ahad 5:00ptg

Sunday, October 02, 2005

Tasauf 1

Kebanyakkan manusia hari ini sangat mengambil berat tentang diri mereka yang menjadi tilikan manusia. Mereka berdandan, menggosok gigi, memakai wangi-wangian, baju terkemas rapi semata-mata indah dipandang orang. Bagaimana pula tenpat yang menjadi tilikan tuhan? Apakah mereka mengambil berat sama sedangkan inilah tempat yang lebih utama dari segala-galanya. Hiasilah hati anda dengan perkara kebaikan dan keikhlasan untuk Allah S.W.T
WA