Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, August 31, 2005

PERISTIWA SEDIH DI TERENGGANU!


Lihat sendiri kezaliman yang berlaku!

klik di sini 1
klik di sini 2

GENERASI BUDIN DALAM KONTEKS KEMERDEKAAN

Semalam Budin menyanyi lagu Merdeka vesi terbaharu :-

Tanggal seluar dan baju
bulan Lapan tunjuk pada cikgu
Merdeka, merdeka
tetaplah merdeka
dia pasti menjadi sejarah....

Sumber : alfalaah group

p/s : betapa kroniknya generasi hari ini

XPDC Sebaran Risalah Kemerdekaan





Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka telah berjaya menyebarkan risalah dibeberapa bahagian negeri Melaka pada malam kemerdekaan. Program tersebut disertai oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka Ustaz Kamarudin Hj. Sidek, Naib Pemuda Pas Pusat Sdr. Mazlan Aliman, Ajk Pemuda Pas Pusat Sdr. Adly Zahari, Ajk Pemuda Negeri, Ajk Pemuda Pas Kawasan- kawasan dan ahli Pas.
Disepanjang ekspidisi tersebut pelbagai aksi yang merosakkan dan perlu perhatian serius oleh kerajaan yang dilihat pandai menganjurkan program yang memudaratkan.
Pemuda Pas Melaka (DPPNM) sempat melihat aksi budak-budak dibawah umur memecut dan menjongket basikal beramai-ramai sambil memakai baju seragam ‘belia cemerlang’, ada yang tidak berbaju dengan membuat aksi ‘ultramen’; pemuda race motor, peminum arak malah mengejutkan pasangan yang sedang berasmaradana.
Dalam menjalankan kerja-kerja amal maaruf nahi mungkar ini, DPPNM telah disoal siasat sebanyak 2 kali oleh pihak polis di dua tempat yang berbeza. Mengikut perbincangan dengan pihak polis, mereka terpaksa berbuat demikian kerana telah menerima aduan dari orang awam..(..siapa orang awam itu.?) Dipertemuan mesra itu juga saudara Mazlan mengucapkan penghargaan kepada pihak polis kerana menjalankan operasi pencegahan sambil mempersoalkan kenapa kelihatan hanya pihak polis sahaja yang menjalankan operasi? Kemana perginya ngo-ngo, agensi- agensi kerajaan yang lain dalam usaha mencegah kemungkaran.?
Operasi berakhir kira-kira jam 4.30 pagi.

p/s - A) Kelihatan samar-samar DPPNM menyebarkan risalah di kawasan 'gelap'
B) - Ustaz Kamal dan Mazlan Aliman sedang berbincang untuk operasi seterusnya.

Tuesday, August 30, 2005

CERAMAH Y.B SOLAHUDDIN AYUB

Wednesday, August 24, 2005

Ceramah Sdr. Zulkifli Nordin


Semua dijemput hadir. Ceramah akan disampaikan oleh bekas peguam Dato Seri Anwar Ibrahim, saudara Zulkifli Nordin.

SIS desak Kerajaan Persekutuan saman Terengganu wartakan hudud

SIS desak Kerajaan Persekutuan saman Terengganu wartakan hudud
Saudara Pengarang,
SISTERS In Islam (SIS) sangat kesal dengan keputusan kerajaan negeriTerengganu mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (hudud dan qisas)2003. Enakmen tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga menyalahi prinsip keadilan yang sebenarnya ditekankan dalam Islam.SIS menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membawa hal ini ke mahkamah untukmenjelaskan bidang kuasa perundangan persekutuan dan negeri dalam bidangundang-undang jenayah sebagaimana terpakai pada orang Islam. KerajaanPersekutuan mestilah bertanggungjawab untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan merupakan asas bagi sistem kerajaan, negara dan masyarakat.Setelah enakmen ini `dikuatkuasakan' di Terengganu, adakah ini bermaksud bahawa setiap orang Islam yang dituduh melakukan jenayah seperti pencurian, rompakan, murtad atau hubungan seks haram akan didakwa dibawah enakmen hudud? Adakah Kanun Keseksaan digantung pemakaiannya diTerengganu? Pihak manakah yang akan memulakan tindakan untuk melaksanakan enakmen ini? Apakah latihan yang telah dilalui oleh pihak polis, parahakim, peguam jenayah pendakwa raya bagi membolehkan mereka melaksanakanundang-undang hudud di Terengganu?Siapakah yang akan bertanggungjawab memotong tangan dan kaki atau merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah? Apakah pandangan Persatuan Perubatan Malaysia sekiranya ada ahli mereka yang terlibat dalam pelaksanaan hukuman hudud? Adakah pencuri boleh mengambil anggota yang telah dipotong dan membawanya kepada seorang doktor bedah plastikTerengganu untuk disambung semula?
SIS masih membantah Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Ia mendiskriminasi terhadap wanita.
2. Ia mendiskriminasi terhadap orang bukan Islam.
3. Ia memilih pendapat yang paling keras, sempit dan menindas untukdikanunkan sebagai undang-undang.
4. Ia gagal untuk melihat secara menyeluruh nas bagi hukuman hudud, danmenumpukan unsur taubat, pemulihan, pengampunan dan kemaafan.
5. Ia menambah dua lagi jenayah - murtad dan minuman memabukkan (syurb) -di bawah hudud sedangkan hukuman untuk kesalahan tersebut tidak terdapatdi dalam al-Quran.
6. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
7. Ia melanggar nilai-nilai hak asasi manusia sejagat kerana hukuman yang dilakukan boleh dianggap sebagai satu `penganiayaan atau layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah seseorang'.
SIS akur bahawa di dalam al-Quran sendiri ada menyebut hukuman bagi empat jenis kesalahan - pemotongan anggota badan untuk pencurian dan rompakan,serta hukuman sebat bagi perbuatan zina dan tuduhan-tuduhan palsu mengenai zina (qazaf). Namun demikian, pelaksanaan hudud secara sempit dan runcitan, dalam konteks masyarakat moden yang berbilang agama,menimbulkan persoalan penting sama ada konsep keadilan - iaitu tujuan utama undang-undang tersebut - sebaliknya menjadi korban asalkan peraturan tertentu sahaja dipatuhi.Konsep hudud sebenarnya menetapkan sekumpulan garis panduan menyeluruh yang merangkumi segala aspek keagamaan, moral dan perundangan. Bagaimanapun pandangan ahli hudud telah membawa maksud yang sempit terhadap konsep yang menyeluruh ini apabila ia hanya ditumpukan kepada hukuman mandatori sahaja. Peruntukan untuk taubat dan pemulihan sebagaimana termaktub dalam al-Quran berkaitan dengan empat kesalahan yang disebut tadi tidak diambil kira sama sekali atau cuma tinggal sebagai peruntukan mekanikal yang tidak membawa ertinya yang sebenar.
Terdapat hukum fikh yang menyatakan: Elakkan hukuman hudud dalam keadaanyang meragukan. Ini berasaskan hadis Rasulullah s.a.w supaya hukuman hudud patut dielakkan apabila terdapat cara pelepasannya, kerana adalah lebih baik jika kesilapan dibuat dalam melepaskan pesalah, daripada dalammengenakan hukuman. Para ahli fikir telah berhujah bahawa maksud am dalamhadis ini tidaklah terbatas kepada proses pembuktian kesalahan sahaja.Dengan demikian, nasihat supaya berwaspada yang diberikan dalam hadis inibolehlah dipakai untuk mengurangkan hukuman hudud kepada takzir di mana badan perundangan dan kehakiman boleh memutuskan mengenai jenis hukuman yang paling sesuai, serta pemulihan dan pencegahan.Matlamat utama ajaran Islam ialah untuk mencegah jenayah. Memajukan dan melindungi hak asasi manusia bagi para ummah, memastikan keadilan sosioekonomi, mendidik para ummah mengenai ajaran dan hukum Islam supaya mereka menjadi bertanggungjawab untuk mematuhinya adalah diperlukan sebelum hukuman hudud boleh dilaksanakan.Desakan bagi hukuman hudud secara sempit dan runcitan tanpa mengadakan suasana dan persekitaran yang sepatutnya tidak mungkin akan membawa hasil yang diingini. Sebaliknya ia boleh mengakibatkan penindasan dan ketidakadilan.
Rekod penguatkuasaan perundangan hudud di negara seperti Pakistan dan Nigeria telah mencemar imej Islam dan hukum hudud.Pelaksanaan perundangan hudud di zaman ini telah menunjukkan pencabulan yang melampau terhadap hak, biologi dan taraf wanita sebagai mangsa.Syariah juga berpegang kepada prinsip maslahah yang menjamin kepentingan awam. Perundangan Islam hendaklah mengukuhkan keadilan. Apa jua yangmenyelewengkan keadilan menjadi ketidakadilan... kerahmatan kepadakezaliman, faedah kepada kemudaratan, dan hikmah kepada keaiban menjadi mafsadah dan tidak boleh dianggap sebagai suruhan ajaran Islam.
-SISTERS IN ISLAM.
sumber - utusan malaysia

Friday, August 19, 2005

PETIKAN BUKU ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME (bhg.2)



KEWAJIPAN GENERASI MODEN KEMBALI MENUNTUT ILMU DAN MEMAHAMI AGAMA
Pemahaman Islam yang sejelas-jelasnya menurut kehendak AlQuran dan Sunnah dan dengan menurut kefahaman para Muslimin yang awal yang telah disaksikan oleh Rasulullah SAW. di atas keimanan mereka, serta berasaskan fikih dan ilmu yang bersifat meliputi sebagaimana yang telah disusun oleh para ulamak Islam yang muktabar, mestilah menjadi antara tugas asasi setiap muslim lebih-lebih lagi Musimin di zaman ini, zaman yang dipenuhi oleh berbagai seruan kepada berbagai-bagai ajaran dan fahaman yang meragukan ketinggian agama dan petunjuk Islam. Mereka hendaklah mendalami semula ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka dapat memahami kembali seluruh kewajipan-kewajipan mereka sebagai hamba-hamba Allah SWT. dan mengetahui pula kewajipan mereka sebagai seorang muslim terhadap jihad menegakkan Islam dizaman ini. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang memelihara dari kesesatan, menimbulkan perasaan takut kepada Allah, menggerakkan ketaatan dan menunjukkan kepada jalan beramal yang betul sahajalah kesedaran dan kebangkitan umat Islam hari ini akan dapat benar-benar menghancukan pengaruh puaka ideologi di dalam masyarakat dan tanah air umat Islam di zaman ini.
Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongandi antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringkatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
Surah al-Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud:
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara mu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikkan, maka Allah menjadikannya pandai di dalam perkara agama. Aku ini adalah sebagai pembahagi, sedang Allah jualah yang mengurniakan kepandaian itu. Sentiasalah umat ini tetap berdiri tegak melaksanakan perintah Allah, maka selama demikian itu hal keadaan mereka tentulah mereka tidak akan dapat diapa-apakan oleh sesiapapun yang menyalahi mereka sehingga saat tibanya hari kiamat. Riwayat Bukhari.

Thursday, August 18, 2005

PERTANDINGAN MEMANCING DI UMBAI



PERTANDINGAN MEMANCING KATEGORI PANTAI
Pemuda Pas Cawangan Umbai akan menganjurkan satu pertandingan memancing kategori Pantai:

Tarikh Pertandingan: 21 Ogos 2005

Masa : 8 pagi hingga 1tgh

Lokasi : Kompleks Jeti Anjung Batu
Umbai, Merlimau Melaka.

Yuran Penyertaan : RM25

Tarikh Tutup Penyertaan : 20 Ogos 2005

Hadiah menarik disediakan. Kepada sesiapa yang beminat bolehlah berhubung dengan saudara Razali (0122552725) , Nizam (0123951457) atau Ahmada (0136362493)

Terhad kepada 150 orang peserta terawal sahaja.

Wednesday, August 17, 2005

Sangat Gila, Khianat dan Korup!


Keputusan meletakkan pembelajaran bahasa inggeris pada subjek matematik dan sains adalah satu tindakan 'sangat gila'. Begitulah pandangan tokoh-tokoh intelektual dalam perjumpaan dengan pimpinan pemuda pas pusat yang disampaikan oleh naib ketua pemuda pas pusat saudara Mazlan Aliman dalam program Kibaran Bendera yang diadakan di Dataran Hamas, Jasin.
Beliau berkata tindakan gila tersebut samalah gilanya tindakan Rafidah Aziz yang menyarankan supaya AP dimansuhkan. Dia yang membuat polisi, dia juga yang ingin memansuhkannya.
Saudara Mazlan dengan tegas mengatakan apa yang berlaku di dalam negara kita ini adalah hasil buah tangan dan kecelaruan pemimpin yang korup seperti umno. Dengan pelbagai masalah dan gejala buruk yang ditimbulkan oleh pemimpin umno, sepatutnya rakyat sudah sedar .Mereka perlu memilih pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab.
Apa yang berlaku hari ini, ramai dikalangan pemimpin sibuk mengumpulkan harta sedangkan ianya tidak berlaku pada pimpinan terdahulu seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Bostaman dan lain-lain lagi yang ikhlas berjuang sehingga ada yang sanggup dipenjara demi perjuangan agama, bangsa dan negara.
Hasil perbincangan dengan tokoh-tokoh intelektual, malaysia perlu kembali kepada 'roh agama' untuk menghasilkan pemimpin yang amanah dan tidak korup seperti sekarang.

Saturday, August 13, 2005

BEBASKAN MANGSA I.S.A


SIMPATI KAMI TIDAK SAMA DENGAN PENDERITAAN KAMU
bertahajjud
dan
bermunajatlah kepada Allah S.W.T..
kerana kezaliman
yang dikenakan ke atas
kamu
suamimu..
anak-anakmu..
berdoalah kepada Allah S.W.T
supaya Dia
meringankan
dan melepaskan
penderitaan
yang ditanggung selama ini.
para isteri yang hilang tempat bergantung..
anak-anak yang kehilangan bapa
bapa yang sentiasa kerinduan..
siapkah yang akan membayar harga kehidupan?
Bersabarlah......kamu semua akan mendapat ganjarannya.
dan orang yang menZALIMi kamu juga akan mendapat ganjaranya.

Thursday, August 11, 2005

ALERT! : JEREBU MELANDA MALAYSIA!!


Setelah demam Mawi mula reda, Malaysia kini mula resah dengan keadaan Jerebu yang melanda seluruh negara. Indek pencemaran udara (IPU atau API) kini melepasi garis 500 iaitu suatu garis yang mendesak Kerajaan Malaysia mengistiharkan dharurat.
Lajnah ICT pemuda Pas Jasin memandang serius perkara ini dan berharap kerajaan Negeri Melaka akan mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhubung dengan rakyat mengenai perkara tersebut.

Untuk mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu dalam menghadapi jerebu dari sudut kesihatan, klik disini http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15232

PELANCARAN KIBARAN BENDERA HARI KEMERDEKAAN



PROGRAM PELANCARAN KIBARAN BENDERA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SERTA SIDANG AKHBAR OLEH SDR. MAZLAN ALIMAN (NAIB KETUA DPPP).
Semua Dijemput Hadir

Tarikh : 14 Ogos 2005 (Ahad)
Tempat : SRI HAMAS, Simpang Kemendor, 77000 Jasin Melaka
Masa : 05.00 – 07.00 petang
Tentatif :

05.00 ptg : Ucapan Pengerusi Majlis
05.05 ptg : Ucapan Aluan Ustaz Kamarudin Hj Sidek (Ketua DPPNM)
05.15 ptg : Ucapan Sdr. Mazlan Aliman (Naib Ketua DPPP)
06.15 ptg : Pelancaran dan serahan bendera kepada DPPK
06.30 ptg : Sidang Akhbar bersama Sdr. Mazlan Aliman
06.45 ptg : XPDC Dakwah di Pasar Malam Bemban

Peristiwa1.1


Sambungan....
Sebelum masuk kedalam bank adalah mamat majlis kat situ dan saya terus jumpa dia. Saya rasa memang dia ditugaskan kat situ untuk memberi penerangan kepada orangramai.
Saya - ” Mana boleh majlis buat macam ni, satu kupon 40 sen”
Dia - “ Eh, ini ok lagi encik, kalau kat tempat lain semua 40 sen keatas”
Saya – “ mana boleh macam tu, saya nak masuk bank sekejap aje , tak sampai pun 40 sen . rugilah, tak adil”
Dia – “ Kupon tu masih boleh digunakan ditempat lain”
Saya – ( kepala hotak engkau!..) sementara saya ketempat lain.., waktu dia dah habis.. mana boleh guna lagi..?
Dia – emm...
Ialah encik, takkan nak buat yang 10 sen punya kupon, kos dia dah berape...
Saya - Dia kena buatlah.... kalau tak 10 sen okay buat yang 20 sen . tak de lah beban sangat! Jangan sebutlah kosting.. saya buat kosting saya tahulah. Baru brape sen...
Dia – okaylah encik , kalau encik tak puas hati, komplen dalam surat khabar!
Demikianlah dia mengakhiri hujahnya.
Sebelum sempat beredar,seorang pak aji datang jumpa mamat tu. Saya tengok dia pakai songkok haji dan bawak beg UMNO pulak tu!! “ Encik, tumpang tanya, tadi saya letak kupon 80 sen, saya pakai Cuma 60 sen jadi macam mana saya nak balik 20 sen?”
Emm.............
Sebab itu aku marah sangat kat UMNO. Macam pakcik tu le.!! Sekarang ni engkau kena tanggung, aku pun kena tanggung!! Aku ni dok fikir dalam kepala, belanja nak buat dataran MPMBB tu bukan sikit duit. Sistem kupon bukannya untung kat pengguna tapi untung kat dia sebab kita orang dah prepaid. Duit kocek aku jugak!! Macamane le aku nak sokong diaorang??

Wednesday, August 10, 2005

28 ADUN MELAKA NAIK GAJI

Mengikut Utusan Malaysia hari seramai 28 adun yang ada kat Melaka ni naik gaji sebanyak 10 peratus. Kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2004. Ini bermakna mereka semua akan mendapat tunggakan gaji lebih 18 bulan. Cadangan kenaikan gaji ini dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, Datuk Poh Ah Tiam. Dan cadangan tersebut tidak menerima sebarang bantahan. Berikut adalah gaji baru diaorang :

Ketua Menteri – RM 14175.15
Speaker – RM 6109.29
Timbalan Speaker – RM 2662.00
Exco – RM 6109.29
ADUN – RM 4112.79

ISLAM HADHARI 1

Tuesday, August 09, 2005

Peristiwa 1


Semalam saya terpaksa pergi ke Melaka untuk mengambil buku cek setelah dekat dua minggu menghantar borang permintaan. Janji dua hari tapi setelah 3 hari slip cek itu belum dihantar lagi ke bahagian pemprosesan. Lat 4 hari pergi lagi ke bank tapi masih tak siap juga. Alasannya slip tak cop. “ Kalau lupa nak cop, cakaplah hari tu” ‘ “kita dah nak pakai cek tu, mana ada cash nak buat payment”. Bengang betul. Memang sekarang ni tidak boleh 3,4 kali pergi ke bandar Melaka kerana harga minyak sudah mahal. Dah kira dah , kegunaan minyak kereta sebulan meningkat sekitar RM80 hingga RM100. Oleh itu semua urusan kesatu-satu tempat mesti disekalikan. Itu yang aku marah sangat kat kerajaan BN ni! kalau duit 80 /100 ringgit tu aku beli buku untuk anak aku ke, bayar yuran dia ke, tu lain cerita!
Tetiba aje di hadapan bank nak masuk parking, ada sesuatu yang tak kena. Meter parking melopong macam kena umpil. Bukan satu meter, tapi hampir semua meter. Rupa-rupanya majlis perbandaran melaka sudah melaksanakan sistem kupon menggantikan sistem meter. Terpaksalah beli kupon kat kedai cina tu. Kupon satu buku harga minima RM2. Sehelai kupon berharga 40 sen untuk setengah jam. Jadi satu buku ada 5 kupon. Tak boleh beli sehelai, kena beli satu buku. Lain kali kau pakai ke , tak pakai ke kau punya pasal. Saya tanya cina tu yang murah lagi tak ada ke? Sebab saya nak pergi bank 5 minit aje nak ambil buku cek? “ Murah lagi tak ada. Kalau tak mahu beli ini kupon RM2, nanti majlis kasi itu tiket RM 30 punya, itu surat saman” Maka saya terpaksa beli juga nak buat macam mane...bersambung.

Monday, August 08, 2005

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PMR




Setelah beberapa kursus dan seminar dapat dijalankan dengan jayanya ,alhamdulillah Jabatan Pembangunan Remaja Dewan Pemuda Pas Jasin sekali lagi mengorak langkah dengan menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan Menengah Rendah. Seminar ini adalah yang ketiga untuk mencukupi empat peringkat umur yang disasarkan iaitu peringkat pasti, sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.
Seminar Teknik Menjawab PMR akan dijalankan selama dua hari bermula pada 2.30 petang 19 Ogos dan berakhir pada jam 5 petang 20 Ogos. Sepanjang seminar itu nanti para peserta akan didedahkan dengan strategi pembelajaran berkesan, teknik menjawab bahasa melayu, teknik menjawab Metematik, qiamulail dan lain-lain lagi sesuai dengan moto Jabatan Pembangunan Remaja iaitu "Menjana Generasi Beriman, Berilmu dan Bertaqwa"
Untuk makluman semua, tempat adalah terhad. Ibubapa yang berminat bolehlah menghubungi setiausaha pemuda kawasan Jasin saudara Shahrum ditalian 0162974262.

p/s Melahirkan Pelajar Muslim yang mempunyai jatidiri. Insyallah.

Sunday, August 07, 2005

Ingin Mencari Pasangan Hidup?


Bismillahirrahmanirrahim
Adakah anda Muslimin atau Muslimat yang ingin mencari pasangan hidup??
Sila hubungi BAITUL MUSLIM Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin.
Tel:
0196662395 (Azman)
063340420 (Saodah)
0196821621 (Rizal)
0126070079 (Ust. Khalid)
0173745389 (Ustzh. Juwaita)

Saturday, August 06, 2005

ANCAMAN BAHAYA SEKULARISME1



Insyallah mulai hari ini Kaw Jasin Daily ( KJD ) akan menyiarkan beberapa petikan dari buku karangan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka al Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail bertajuk Ancaman Bahaya Sekularisme. Semoga apa yang dipaparkan disini memberi manfaat kita bersama.
Pendahuluan.
Sekularisme adalah fahaman politik dan kehidupan yang menolak dan menentang penghayatan Islam sebagai satu peraturan hidup yang lengkap di dalam kehidupan rakyat yang beragama Islam di negara ini sedangkan Allah SWT telah pun memerintah supaya kita sebagai Muslimin menerima dan melaksanakan peraturan Islam itu secara menyeluruh dan lengkap tanpa menerima sebahagian atau menolak sebahagian sebagaimana yang pernah dibuat oleh golongan Yahudi dan Nasrani terhadap ajaran-ajaran Taurat yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada mereka. Keimanan kepada Allah SWT Yang Maha Esa menuntut setiap setiap Muslim mentaati segala perintah-perintah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada mereka melaksanakannya. Dari itu menolak fahaman sekularisme secara menyeluruh adalah syarat keimanan bagi seorang Muslim dizaman ini. Tanpa penolakan itu keimanannya menjadi tidak bererti dan tidak mempunyai sebarang makna.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 85 yang bermaksud:
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka kedalam azab seksa yang amat berat. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
bersambung....

Minum Petang Bersama Ust Nasrudin Tantawi 14 Ogos


Program minum petang dan dailog bersama Ustaz Nasrudin At-Tantawi akan diadakan pada 14 Ogos ini bertempat di Dataran Hamas Simpang Kemendor, Jasin. Program tersebut akan bermula pada jam 4 petang. Berikut adalah tentatif program:
Jam 4 petang - Pendaftaran Peserta
4.37 petang - Solat Asar Berjamaah
5.00 petang - Jamuan
5.15 petang - Ucapan Pengerusi Majlis
5.20 petang - Ucapan Ketua Pemuda
5.30 petang - Ucapan Ustaz Nasrudin At-Tantawi dan Dailog
6.45 petang - Doa dan Bersurai
9 MALAM - Ceramah

Semua di jemput hadir. Tiket sumbangan RM10 bolehlah dihubungi Sdr. Badrul Hisham Hussin di talian 019-6559966

Friday, August 05, 2005

SUKSES! MOTIVASI UPSR


Sukses! itulah cogankata motivasi UPSR yang telah dapat dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda Pas Jasin. Ketua pengarah program Sdr. Md Nor Modeng berkata tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk mempersiapkan dan memantapkan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dengan mendedahkan mereka kepada ilmu yang sewajarnya. Berkeyakinan, berakhlak mulia dan semangat jati diri adalah ciri-ciri yang difikirkan perlu ada pada seorang pelajar muslim.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran melebihi kuota yang ditetapkan. " Saya berasa puas hati dengan program ini. Anak saya diajar bagaimana cara menghormati guru, menelaah pelajaran dan menjawab dalam peperiksaan. Tapi yang saya paling seronok ialah anak saya diajar bagaimana menjadi seorang pelajar muslim yang baik.", kata seorang bapa apabila diminta memberi pandangan selepas program motivasi itu tamat. " Saya akan hantar anak saya yang lain pula tahun hadapan ,insyallah".

p/s - maklumat bergambar 1. Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka alfadhil Ustaz Kamarudin Sidek sedang memberikan sijil kepada seorang peserta sambil disaksikan pengarah program Sdr. Md Noh Modeng.

Thursday, August 04, 2005

10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga.

assalamualaikum,

1). ustaz, minta terangkan siapakah dia sahabat yang di jamin masuk syurga itu dan bagaimanakah amalan mereka sehinggakan nabi(saw) tahu keadaan mereka walaupun mereka masih hidup lagi

2). minta penjelasan lagi tentang saidina ali kw. beliau adalah merupakan sahabat nabi, menantu dan sepupu, dan ada hadis nabi yg menerangkan tentang keilmuan saidina ali kw. tetapi melalui pembacaan saya yg tak berapa berilmu ini kurang pula hadith yg diriwayatkan oleh beliau (mungkin ada tapi saya tak tahu), terfikir saya adakah kerana hadith tersebut di bawa oleh perawi dari golongan syiah, atau jika ada apakah hadith-hadith tersebut, harap ustaz terang hingga puas hati.
t/kasih



pendekar
Panel Feqh
Location: PERKIM , Kuala Lumpur
Age: 2
Gender: Male
Points : 12
Posted: Sun Sep 22, 2002 11:56 pm Post subject: Re: SJ - 1844 : PARA SAHABAT R.A YANG DIJANJIKAN SYURGA &

--------------------------------------------------------------------------------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم


{ بسم الله الرحمن الرحيم }


(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

[color=blue] MEREKA YANG DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH TA’ALA : [/color]

Mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala dikenali menurut B. Arab sebagai “ المبشَرين بالجنَة " “ ~ Al-Mubashharin Bil Jannah . Manakala yang dimaksudkan oleh para ulama’ sebagai mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala ialah golongan manusia yang dijamin oleh Allah Ta’ala dengan syurga, yang mana berita gembira itu disampaikan melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w , samada ianya berbentuk Al-quran Al-Karim , ataupun Hadist An-Nabawi.


Golongan yang dijanjikan Allah Ta’ala dengan syurga ini sebenarnya ramai, bukan setakat 10 orang sahaja – sebagai mana yang difahami oleh sebahagian muslimin iaitu golongan yang berusaha berhempas-pulas menjaga keimanan mereka ( aqidah ) mereka dan sentiasa mentaati Allah Ta’ala. Hal ini diceritakan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran Al-Karim itu sendiri di antaranya ;

وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

[color=blue] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ( Ayat 25 , Surah Al-Baqarah )[/color]


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

[color=blue]Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ( Ayat 30 , Surah Al-Fussilat )[/color]

Mereka yang dijanjikan dengan syurga ini juga ada berbagai-bagai jenis martabatnya , ada yang diazab terlebih dahulu di dalam neraka – mengikut kadar dosa-dosa yang dimilikinya – dan kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga.

Ada pula yang masuk ke dalam neraka sebentar , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.

Dan ada pula yang masuk ke dalam syurga terus tanpa dihisab, iaitu di padang mahsyar – dengan melalui proses yang amat sukar seperti ke sana-sini demi mencari Para Anbiya’ a.s yang boleh memberikan mereka syafaat.

Ada pula yang masuk ke dalam syurga secara “ berterbangan terus ke dalam syurga “ iaitu bagi para syuhadak ( orang-orang yang mati syahid di dalam memperjuangkan Islam ) .

Pendek kata : Semua orang Islam, sebanyak mana pun dosanya – selagi dia tidak menyekutukan Allah Ta’ala – maka mereka berpeluang untuk masuk ke dalam syurga jua akhirnya !.

[color=blue] MASALAH : SIAPAKAH PULA 10 ORANG SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA ITU ? DAN KALAU BENARLAH YANG DIJANJIKAN MASUK SYURGA ITU BUKAN SEKADAR 10 ORANG ITU SAHAJA , MAKA KENAPAKAH YANG SELAIN 10 ORANG ITU TIDAK TERKENAL ?. [/color]


Jawapannya : 10 ORANG YANG DIJANJIKAN SYURGA ini lebih terkenal daripada selain mereka kerana ianya merupakan para sahabat ( r.a ) yang amat terkenal ( popular ) dan satu lagi, ianya diriwayatkan oleh hadis yang menyenaraikan nama-nama mereka secara sekelompok ( 10 orang sekaligus ), berbeza pula dengan selain mereka – yang juga dijanjikan syurga – akan tetapi , nama-nama para sahabat (r.a) selain mereka itu disebut secara berasingan oleh Rasulullah s.a.w , bukannya disebut secara sekaligus @ sekolompok sebagaimana 10 orang yang dijanjikan memasuki syurga. Dan kebanyakan mereka yang dijanjikan dengan syurga adalah Generasi Pertama Islam , iaitu para sahabat (ra) yang telah banyak berkorban untuk mengembangkan dan mempertahankan agama Allah Ta’ala ini !.

10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

[color=blue]10 orang itu ialah : [/color]


1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).

Jadi sebagaimana dijelaskan tadi, 10 orang ini bukanlah menunjukkan bahawa mereka sahaja yang dijamin masuk syurga , walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra ) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.

Sebagai contohnya : Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama.

Saidina Abu Darda’ (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia.

Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.

Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).

Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w.

Perlulah kita fahami , andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w ?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini !!.

***********************

[color=blue] PENJELASAN MENGENAI SAIDINA ‘ALI (RA) : [/color]

Ya benar sebagaimana yang saudara nyatakan itu, dan sememangnya Saidina Ali (ra) merupakan salah-seorang sahabat (ra) yang paling utama, paling berilmu , paling berkarisma di dalam kepimpinan dan paling berani di medan juang. Di dalam kisah-kisah Para Sahabat (ra) banyak diceritakan kisah-kisah mengenai ketokohan Saidina Ali (ra) , khususnya di dalam bidang ilmu pengetahuan, hinggakan tidaklah menghairankan andainya beliau (ra) sendiri dinobatkan sebagai “ Pelopor Ilmu Kesusasteraan Bahasa Arab “.

Untuk menceritakan mengenai tokoh yang agung ini sudah tentulah tidak sesuai dengan gaya dan metode Web al-ahkam.net yang disiarkan dalam bentuk ruangan siber ( internet ) yang terhad , oleh itu ianya lebih memerlukan kepada rujukan yang banyak dan bacaan yang luas. Kami di sini sekadar “ membuka jalan “ dan “ membimbing “ saudara-saudari seagama di dalam mengenal panduan agama Islam, maka setelah saudara “ berkebolehan “ maka saudara/I sendirilah yang perlu menentukan gaya, cara dan keputusan untuk terus menelusuri kehidupan ini agar sesuai dengan tuntuan Ilahi.

Untuk tidak menghampakan saudara yang bertanya, maka saya bentangkan salah-satu kelebihan Saidina Ali (ra) beradasarkan hadis Rasulullah s.a.w ;


عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ خَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ تُخَلِّفُنِي فِي النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ فَقَالَ أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى غَيْرَ أَنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي

Ertinya : Daripada Sa’ad Bin Abu Waqqas , dia berkata : Pernah Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan Ali Bin Abu Talib agar menjaga Madinah – tidak menyertai perang Tabuk. Lalu, Ali pun berkata : “ Wahai Rasulullah ! patutkah tuan meninggalkan saya ini bersama-sama dengan golongan wanita dan kanak-kanak ?. Maka, Baginda Rasulullah s.a.w pun menjawab : Wahai Ali ! tidakkah engkau suka berada di satu darjat di sisiku , seperti darjatnya Nabi Harun di samping Nabi Musa ?, bezanya hanyalah sudah tiada lagi Nabi sesudahku ? “.~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh – Kitab Fadhoil As-Sohabah : 4419 ) .

Silalah saudara/I merujuk kitab-kitab hadis yang memuatkan kisah-kisah yang sahih berkenaan dengan Saidina Ali ataupun kitab-kitab biografi dan kisah para Sahabat (ra) seperti kitab “ Hayatus Sahabah “ oleh Al-Kandahlewi ( sudah ada terjemahannya di dalam bahasa Melayu ), “ Al-Bidayah Wan Nihayah “ oleh Imam Ibnu Katsir, ” Tobaqat Ibnu Saad “ , “ Al-Isobah Fi Tamyiz As-Sohabah oleh Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalani “ dan seumpamanya. Dan rujukan yang disebut ini semuanya adalah sahih dan bertepatan dengan ajaran islam yang sebenar.

Jauhilah saudari/I sekaian daripada kisah-kisah “ luar biasa “ Saidina Ali (ra) yang kisahnya tiada dokongan daripada Al-Quran, Al-Hadis yang sahih, Al-Atsar ( Peninggalan Para Sahabat ra ) dan sumber-sumber utama rujukan Islam secara sahih lagi jelas.

Jauhilah saudara/I sekalian daripada penipuan kisah Saidina ‘Ali (ra) yang dilakukan secara taksub dan melampaui batas, samada daripada Golongan Syiah ( yang telah mencipta 70 ribu hadis-hadis palsu mengenai ketokohan Saidina Ali sahaja ) ataupun daripada Golongan Khawarij !!! Jauhi golongan-golongan seperti ini , samada dengan membaca tulisan-tulisan mereka, ataupun melawati halaman-halaman web mereka !!!.

Ingatlah ! betapa tinggi pun kedudukan Saidina Ali (ra), ianya tidak mungkin mampu menentang taqdir Ilahi dan ijma’ ummah yang telah menetapkan Saidina Abu Bakar (ra), Saidina Umar (ra) dan Saidina Utsman (ra) sebagai khalifah-khalifah sebelum beliau (ra).

Ingatlah ! betapa mulia pun beliau (ra), tidak mungkin ianya menjadi sebab untuk kita memandang sepi ataupun merendah-rendahkan sekaligus menghina para sahabat (ra) selainnya !!!.

Dan ketahuilah ! betapa agungnya (ra) beliau sekalipun , maka ianya disebabkan jihad dan taqwa beliau (ra) yang tinggi, BUKANNYA kerana “ Tongkat Ali “ yang menjadi metos di kalangan masyarakat Melayu !.

***********************

[color="green"] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :[/color]

1- SILSILAH AL-‘AQAID – Syiekh Ahmad ‘Izzuddin Al-Bayanuni
Jilid ke-4 ( ms103-105 ) – Terbitan Darussalam, Cairo.

2- AHSANUL KALAM – ‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr
Jilid ke-2 , ms 580 – Terbitan Darul Ghad Al’Arabiy, Cairo.

3- ATS-TSALATSUN AL-MUBASHSYARUN BIL JANNAH – Dr. Mustafa Murad
Terbitan : Darul Fajr Litturast , Cairo.

4- AL-MUBASYSHARUN BIL JANNAH WA AL-MUBASYSHARUN BIN NAR – Ust Muhd Bayumi
Terbitan : Maktabah Al-Iman, El-Mansoora, Mesir.



Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

15 / Rajab / 1423 H
23 / September / 2002 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Sumber: Al Ahkam.net

Wednesday, August 03, 2005

DEWAN PEMUDA PAS MELAKA BERJAYA SERAH MEMO KEPADA KM MELAKA

MELAKA 3 OGOS : Dewan Pemuda Pas Kaw. Jasin mengucapkan tahniah kepada DPPN Melaka kerana berjaya menyerahkan memo bantahan kenaikan harga minyak kepada Ketua Menteri Melaka melalui Ketua Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Puan Rusnani Latip kira-kira pukul 3.20 petang tadi.Rombongan DPPN Melaka yang diketuai oleh Ketuanya Us. Kamaruddin Sedik telah memasuki Seri Negeri kira-kira jam 3.05 petang. Dalam pertemuan tersebut Puan Rusnani Latip memberitahu bahawa Dato' Wira Ali Rustam sedang menghadiri suatu mesyuarat dan tidak dapat menemui rombongan tersebut. Bagaimanapun Puan Rusnani berjanji akan menyerahkan memo tersebut kepada Dato' Wira Ali Rustam.Turut mengiringi Us. Kamaruddin ialah Adly Zahari Exco DPP Pusat yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Melaka; Harun Mohamed Naib Ketua DPPNM, Yuhaizad Abdullah Ketua Penerangan DPPNM serta beberapa orang AJK DPPN Melaka.
Sumber : http://pemudabukitkatil.blogspot.com/

Temuramah Eksklusif Bersama Isteri Asshahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA ISTERI AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang
memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa
dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta
tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’
terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana
kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki
hebat pasti ada seorang wanita). Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika
ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi
sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang
membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan,
keizzahan” maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan
Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.


Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu
saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya
menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang
menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan
untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya
membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan
pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya
dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis,
lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah
menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau
sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di
kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah
pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada
permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan
bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya
gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya
sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya
memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke
Hospital Shifa’yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad
(as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah
semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai
kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan
permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi
matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah
diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam
dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh
pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang
ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau
menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau
tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil
berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya
seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga
hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula
beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya
yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam
operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi
luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya.
Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama
rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan kepercayaan kepada
diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga
sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan
as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana
disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul
tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini.
Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para
saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad
Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang
insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan
tetap mati. “ Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan
mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati
itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat
mempengaruhi diri saya katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan
menyusuli setelah pemergianmu”.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad..” ;ebih dari 30 tahun,
beliau adalah seorang mujahid “Penyuluh ke jalan Allah” samada dari
segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan
perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami
akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun
saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan
pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian
Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian
saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin
bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian
saya bertambah yakin apabila mendengar radio “Suara Aqsa” pada waktu itu
berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke
atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.
Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya
terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah
agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. “dan Allah s.w.t sendiri
telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..”


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan
syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap
saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w
sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya
dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya…beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan
setiap yang berhak akan haknya…


Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah
karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas
beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di
samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan
keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya,
senyuman yang tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah
as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan
pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan
sepotong ayat yang bermaksud : “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat : 56). Beliau
mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat,
kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu
ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan
anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap
kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’
dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan
selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi
bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen
yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya
rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya
Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang
baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya
sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas
beliau berkata, “ Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan,
apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ” kata beliau dalam
keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah
kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari
syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika
bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya
walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan
perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya,
mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau
kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami
ialah..”Tuhanku masukkan aku ke syurga…inilah kemuncak impianku..”


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan
syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh
Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah
kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan
terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk
syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang
menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan
sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah
bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :

“ Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan
dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah
dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya
”. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku
yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah
syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam
kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta
menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying
rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi
Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

“ Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing
diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya,
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya “ (al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada
panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan
kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan
jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.



Sumber:
Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

TAJDID



Assalamualaikum. Insyallah kami akan memulakan 'pembaharuan' kearah Jasin yang diberkati Allah S.W.T.