Sepang, 27 Jan (AMAL)- Hari ini satu lagi kumpulan Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi di Pakistan dan Kashmir bertolak ke Pakistan dari KLIA, Sepang. Sukarelawan AMAL dari Yayasan Amal Malaysia ini adalah kumpulan yang ke-7 dalam misi tersebut.
Kumpulan ini di ketuai oleh Sdr Jamuliddin Hj Elias, Timbalan Pengerusi AMAL dan Dr Hj. Abd. Rani Osman, Ketua Biro Bantuan Kemanusiaan AMAL serta terdiri dari 3 orang doktor dan 10 orang paramedik, yang telah bersedia menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Pakistan.
Turut sama adalah Sdr Hj Mohd Azmi, Bendahari AMALCawangan Selangor dan Sdr 'Ariff Ateed b. Dato Hasan Ali. Mereka akan bertugas di bandar Balakot iaitu antara bandar yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi yang berlaku pada akhir tahun 2005 yang lalu.Ramai mangsa masih tiada tempat tinggal yang tetap. Mereka hanya tinggal di dalam khemah-khemah yang di sediakan oleh sukarelawan. Suhu yang sejuk iaitukira-kira -10 darjah selsius menambahkan lagi kesengsaraan yang di alami oleh mereka, terutama kanak-kanak dan warga tua.
Sukarelawan AMAL ini akan kembali semula ke Malaysia pada 2 Feb 2006. Kami mendoakan semua sukarelawan yang sanggup meninggalkan keluarga mereka untuk membantu mangsa-mangsa tersebut, semoga selamat pergi, bertugas dan kembali. Insyaallah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home