Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 26, 2006

Hiburan yang tidak menghiburkan

"Manusia sudah pandai-pandai, manusia telah maju sampai kemuncaknya. Hiburan manusia terlalu banyaknya, makanan yang sedap dicipta oleh manusia tidak terhingga banyaknya. Semuanya menyelerakan, sedap-sedap belaka.Kenderaan yang dicipta manusia begitu canggih, kalau dahulu perjalanan sebulan sekarang satu jam sahaja. Bangunan begitu canggih tempat tinggal mereka, di musim panas ada air cond, di musim sejuk ada heater.
Bahkan kemajuan manusia sudah boleh pergi ke bulan, cuma nak jadikan kampung, tidak ada daya. Berdasarkan hiburan, bermacam-macam ada, kemewahan hidup, sudah merata, keselesaan hidup, di mana pun ada, pakaian ada berjenama, makan minum terlalu mewahnya.Kalau mengikut logik akal, manusia terhibur oleh kehidupannya, tapi pelik dimasa kini banyak orang sakit jiwa.
Membunuh diri merata-rata, kalau di Amerika setiap tiga minit seorang mengorbankan nyawanya. Yang peliknya yang membunuh diri itu, orang kaya-kaya, yang mewah serba ada, yang pandai-pandai belaka, engineer, doktor, saintis, profesor.
Itu menunjukkan apa yang telah disebutkan tadi tidak menjadi hiburan. Ada hiburan yang mereka tidak jumpa iaitu hiburan Tuhan yang Maha Esa lagi Berkuasa. Tuhan adalah hiburan yang sebenarnya buat manusia, tetapi manusia ditipu oleh akalnya.
Menyangka apa yang telah disebutkan tadi hiburan yang mutlaknya, tapi setelah dihasilkan tidak seperti yang disangka, ia berlaku sebaliknya, melahirkan orang sakit jiwa, akhirnya membunuh diri, mencabut jiwanya.Begitulah manusia tidak kenal Tuhan, terpesona dengan kebolehannya. Akhirnya ditimpa penyakit jiwa mencabut nyawanya, di dunia terseksa, di Akhirat masuk neraka."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home