Hamas ikrar terus berjuang

"Hamas memenangi lebih 70 kerusi di Gaza dan Tebing Barat. Ini menjadikannya memenangi lebih 50 peratus undian," kata pemimpin Hamas dan calon utama kumpulan itu, Ismail Haniyeh.Malah, beberapa jam selepas kenyataan Haniyeh yang dibuat berdasarkan keputusan diberikan wakil Hamas di pusat kiraan undi, Perdana Menteri Ahmed Qorei yang juga pemimpin Fatah serta semua barisan Kabinet Palestin, meletak jawatan.
Pegawai Hamas pula segera membayangkan tidak menolak kemungkinan menjalin pakatan dengan Fatah dan parti lain, tetapi tetap menegakkan komitmennya melancarkan perjuangan memerangi penaklukan Israel.
Ia juga enggan berunding dengan negara Yahudi berkenaan."Kami tidak nampak kewajaran memaksa diri dan ahli kami ke sudut gelap yang akhirnya tidak mencapai sebarang hasil," tegas seorang pegawai Hamas, merujuk rundingan damai dengan Israel.Tiga tinjauan awal undian, meramalkan kemenangan tipis Fatah dalam pilihan raya Parlimen membabitkan 132 kerusi. Peratusan mengundi adalah 78 peratus daripada seramai 1.3 juta pengundi.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Hamas membentuk kerajaan baru selepas kejayaan meraih kemenangan majoriti.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Hamas membentuk kerajaan baru selepas kejayaan meraih kemenangan majoriti.
Parti Fatah sebaliknya berfungsi sebagai pembangkang, kata seorang pegawai kanan Fatah, selepas menemui Abbas.Awal semalam, pemimpin utama Hamas, Khaled Mashaal memberitahu Abbas mengenai kesediaan kumpulannya menjalin pakatan politik dengan Fatah.Namun Fatah sebaliknya tidak mahu menyertai kerajaan Hamas, kata
pemimpinnya, Saeb Erakat."Kami akan menjadi pembangkang dan berusaha membina semula parti ini," katanya, juga selepas menemui Abbas.
pemimpinnya, Saeb Erakat."Kami akan menjadi pembangkang dan berusaha membina semula parti ini," katanya, juga selepas menemui Abbas.
Abbas atau Abu Mazen dilantik berasingan setahun lalu dan kekal presiden. Bagaimanapun, pemimpin yang mahu usaha perdamaian dengan Israel diteruskan, sebelum ini menyuarakan hasratnya meletak jawatan andai gagal meneruskan agendanya.
Pembantunya berkata, Abbas berhasrat membuat ucapan utama sejurus selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat jam 7 malam waktu tempatan.
Seorang pegawai kanan Fatah berkata, kejayaan Hamas disebabkan rasa tidak puas hati terhadap masalah rasuah bertahun lamanya yang menyelubungi pergerakan itu dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikuasainya.Malah, rangkaian kebajikan Hamas di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat yang mundur, turut meningkatkan kepopularannya."Hamas menangbukan kerana rakyat sukakannya, tetapi kerana mereka mahu membalas dendam terhadap pentadbiran Fatah sejak sekian lamanya," kata Adel al-Helo, 41, peniaga di Gaza.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home