Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 26, 2006

Pemuda PAS cabar Khairy

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin perlu membuktikan secara fakta kononnya ramai golongan belia di Pengkalan Pasir menyokong perjuangan parti itu untuk menghadapi pilihan raya kecil 6 Disember ini.Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Pemuda Umno perlu membuktikan perkara tersebut dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan tanpa asas.

"Dari mana Khairy mendapat maklumat tersebut, kalau tidak mampu dibuktikan ia tidak lebih sebagai gimik politik murahan sahaja," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mencabar Khairy supaya mengemukakan fakta berhubung perkara itu pada sepanjang tempoh berkempen nanti.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, kesediaan golongan muda untuk memberikan sokongan kepada BN mampu memberi kesan besar kepada keputusan pilihan raya kecil itu pada 6 Disember ini.

Sementara itu, seorang guru memberitahu, terdapat petugas BN di kalangan Puteri Umno memaklumkan mereka boleh memasukkan semula nama beliau dalam senarai pemilih selepas namanya tiada dalam senarai itu.

Menurut seorang guru yang enggan namanya disiarkan, dua anggota Puteri Umno itu datang ke rumahnya untuk berkempen tetapi beliau memaklumkan tidak boleh mengundi kerana namanya tiada dalam senarai pemilih.

"Kami boleh memasukkan nama cikgu dalam senarai pemilih dengan syarat kena undi BNlah," beritahu cikgu itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Puteri Umno berkenaan kepadanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home