Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 17, 2006

Ceramah Muhamad Sabu dan YB Salhuddin Ayub di Bukit Katil


"PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan ceramah umum dua hari berturut-turut di dalam Kawasan Bukit Katil, Melaka iaitu pada 24 dan 25 Januari ini.
Menurut Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan, Hamzah Yusof, pada 24 Januari 2006, Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub akan berceramah di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil bersama-sama dengan Ketua DPP Negeri Melaka, Us Kamaruddin Sedik. Ceramah ini akan bermula pada jam 9.00 malam.
Manakala pada 25 Januari 2006 pula, Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu akan berceramah bersama dengan Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Sdr Adly Zahari di Markaz PAS Kg Paya Dalam, Air Molek.
Hamzah menyeru seluruh rakyat negeri Melaka khasnya yang tinggal disekitar Bukit Katil supaya hadir mendengar ceramah yang pasti menarik kerana banyak isu-isu tempatan, nasional dan antarabangsa yang akan disentuh oleh penceramah-penceramah tersebut."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home