Di sekolah Matematik 15 %: PMR Dapat Gred C
Keputusan PMR Tahun 2005 telah sebulan berlalu.Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran dengan bangga mengumumkan keputusan PMR 2005 secara keseluruhan meningkat termasuk keputusan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Tetapi majoriti rakyat yang mahu berfikir (tentunya bukan ahli Umno) kurang percaya akan keputusan tersebut. Pasti ada sandiwara disebalik tabir di Kementerian Pelajaran.
Ramai yakin peratus kelulusan subjek Matematik dan Sains diturunkan ketahap yang memalukan jika diumumkan secara terbuka kepada rakyat..
Kurang kepercayaan terhadap keputusan PMR lepas berdasarkan kepada :
Pertama, sebagai bapa kepada anak yang menghadapi PMR tahun 2005 pernah menyuarakan kekuatiran kepada guru Matematik (di sebuah Sekolah Berasrama Penuh) sekiranya pihak Kementerian meneruskan dasar pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan akhirnya keputusan sebenar ramai yang gagal. Guru tersebut dengan selamba menjawab bahawa kementerian akan menurunkan markah kelulusan subjek tersebut.
Kedua, beberapa hari selepas keputusan PMR ada guru menceritakan bagaimana ramai pelajar ( dari estet) yang tidak pernah lulus ujian matematik sepanjang 3 tahun iaitu sejak di tingkatan satu hingga tiga tetapi keputusan peperiksaan PMR adalah sebaliknya.
Menurut guru tersebut ramai pelajaranya tidak pernah menjawab soalan kertas dua (menyerahkan kertas kosong) dan biasanya kedua-dua kertas (satu dan dua ) pelajar tersebut mendapat markah antara 15 % dan 20 %. Tetapi apabila keputusan PMR diumumkan pelajar-pelajar tersebut telah lulus malah mendapat markah gred C.
Mana yang lebih bermutu,sekolah menengah yang berhampiran estet atau Kementerian Pelajaran di Putrajaya yang diketuai Hashamuddin ?.
sumber dari http://www.tranungkite.net/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home