Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 23, 2006

Mohd. Fauzi mengaku tidak bersalah ubah wang haram

UMNO oh UMNO.....ini la yang dikatakan UMNO dulu kini dan selamanya......


KOTA BHARU 22 Jan. - Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail, 43, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan pengubahan wang haram yang semuanya bernilai RM138,210 pada tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima wang hasil aktiviti haram RM91,650 daripada Mohd. Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV di sini pada 6 Januari 2005 antara pukul 12.30 tengah hari hingga 7 malam.

Dia juga didakwa menerima wang sebanyak RM46,560 daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini pada 10 Januari 2005 antara 1 hingga 2 petang.

Mohd. Fauzi bagaimanapun tidak mengaku salah di atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh kira-kira pukul 3 petang ini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua sekali.

Che Mohamad Zulkifly membenarkan Mohd. Fauzi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua kes tersebut dan dia juga diminta menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Perbicaraan kes ditetapkan 21 Mei ini.
sumber dari http://www.utusan.com.my/ 23 Januari 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home