Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 24, 2006

Black Metal + Black Mental = Perlekeh Tuhan, Rukun Islam

KUALA LUMPUR: Pengikut kumpulan Black Metal mengamal pelbagai ajaran sesat, termasuk mewajibkan pengikutnya melupakan Rukun Islam, sebaliknya berpegang kepada lima rukun yang dicipta bagi mengatakan menyembah Allah itu adalah karut.

Empat lagi rukun kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka `We Are Satan’ (Kamilah Syaitan) ialah jangan sembahyang, al-Quran itu karut, membakar al-Quran dan membakar atau memijak kain sembahyang.
Lima rukun kumpulan `We Are Satan’ itu terkandung di dalam satu risalah setebal lima muka surat yang diedarkan kepada ahli mereka di Alor Star, Kedah, pada 2001.
Selain mengandungi lima rukun yang menghina Islam itu, risalah berkenaan turut mengandungi peraturan mengangkat sumpah menganggotai kumpulan terbabit.
Antara peraturan yang dinyatakan ialah sebelum menjadi pengikut, seseorang itu harus melafazkan `Kami menyeru dengan nama Iblis bahawa kami sudahpun murtad’.
Mereka kemudian harus menyebut lima rukun kumpulan itu.Bahagian hadapan risalah itu pula memaparkan lukisan seorang lelaki berambut panjang dalam keadaan bogel dan di atasnya tertera tulisan ‘Black Metel’ bukannya Black Metal.
Pada muka surat kedua terdapat bintang berbucu lima dengan di dalamnya dilukis lambang salib. Di setiap bucu bintang itu terdapat tulisan dipercayai lambang tertentu dalam masyarakat Yahudi.
Pada muka surat yang sama terdapat lukisan gambar tengkorak berambut panjang dengan lambang salib dilukis di hidung dan leher.
Pada muka surat ketiga terdapat lima rukun kumpulan itu manakala muka surat keempat ayat sebelum upacara angkat sumpah dan senarai nama ahli kumpulan itu.
Pada muka surat terakhir pula terdapat tulisan dalam bentuk mengerikan tertera `As the sky turns black’ (apabila langit berubah menjadi hitam) dengan lukisan bintang berbucu lima.
Sementara itu, seorang pelajar di Sungai Petani pada Ogos 2001 pernah mengaku melakukan upacara pemujaan yang diadakan di kawasan hutan berdekatan sungai.
Ia dihadiri sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang ketua. Sebelum pemujaan, lambang pentagram terbalik di dalam bulatan akan dilukis di atas tanah.
Ketua akan berdiri di tengah bulatan sambil memegang satu pancang kayu berbentuk salib terbalik dan seekor kambing hitam manakala lima ahli akan mengambil tempat masing-masing dibucu setiap bintang.
Selepas setiap ahli mengambil tempat, ketua akan mengarahkan mereka duduk. Dia kemudian menyembelih kambing hitam dan mengarahkan setiap ahli meminum darahnya.
Selepas ahli minum darah kambing, ketua akan membaca satu mantera yang berbunyi: “Wahai khannaz segala khannaz datanglah kepadaku kerana akulah oneng-onengmu, aku mahu kau datang ke lubuk hatiku, siramlah kau ke dasar hatiku, kerana aku di sini menantimu.”(Mengikut kamus, oneng-oneng adalah bahasa Indonesia yang bermaksud anak piut keturunan kelima).
Selepas ketua habis membaca mantera itu, ahli akan menjadi tidak sedarkan diri seolah-olah dipukau. Ketua akan membakar lambang salib terbalik yang dipegangnya sambil setiap ahli berkumur dengan minyak tanah.
Ahli kemudian akan menyemburkan minyak tanah dari dalam mulut masing- masing ke arah api yang sedang membakar lambang salib terbalik itu.
Semburan itu akan membuatkan api bertambah marak. Apabila api mula menurun ke bawah, ketua akan mengulangi pembacaan mantera tiga kali dan ketika itu api akan perlahan-lahan mengecil (tapi tidak padam).
Nyalaan api kecil itu kemudian akan mengeluarkan kepulan asap yang tebal. Dari dalam kepulan asap itu akan menjelmalah bayang-bayang syaitan yang kami puja.
Bayang-bayang itu berkeadaan berselubung dan berjubah. Wajah sebenarnya kami tidak nampak, yang jelas cuma dua biji matanya yang kemerah-merahan.
Apabila bayang-bayang itu menjelma, kami akan menari-nari di keliling unggun api salib terbakar itu seperti orang Red Indian sehinggalah bayang-bayang itu hilang perlahan-lahan.
Selepas upacara selesai, ketua akan membawa kami mandi di sungai. Kami berjalan dalam satu barisan dan ketua akan turun dulu ke dalam sungai sebelum diikuti ahli yang lain.
Upacara membakar al-Quran pula saya saksikan ketika gig (konsert liar) di sebuah pusat hiburan di Georgetown, Pulau Pinang. Sebelum konsert bermula, satu timbunan al-Quran akan disusun secara bertingkat-tingkat seperti piramid di atas pentas.Sebelum kumpulan muzik itu membuat persembahan, lampu dewan tarian digelapkan dan hanya satu lampu dinyalakan menghala ke atas timbunan al-Quran itu.
Apabila muzik dibunyikan, anggota kumpulan muzik itu akan naik ke pentas dan mula membakar al-Quran sambil diikuti peminat di bawah.
Upacara membakar al-Quran itu adalah acara pembukaan sebelum persembahan dimulakan. Selepas api yang membakar al-Quran itu padam, barulah kumpulan muzik itu memulakan persembahan.
Seperkara lagi lambang suci yang menjadi pegangan pengikut Black Metal ialah pentagram atau bintang berbucu lima terbalik.
Pentagram terbalik lawan kepada pentagram bintang berbucu lima dengan satu daripadanya menghadap ke atas dan dilingkungi bulatan.
Simbol penting dalam ilmu sihir ini dianggap suci oleh pengikut Black Metal di seluruh dunia kerana pentagram terbalik adalah lambang syaitan Bephomet yang dipuja mereka. Antara kepercayaan mereka ialah:-
Setiap bucu pentagram mewakili elemen (mengikut pusingan jam) roh/semangat, air, api, bumi/tanah dan udara/angin;
-Bumi/tanah: simbol kestabilan, tumbesaran dan didikan;
-Air: simbol gerak hati, darah penyembuhan kehidupan dan kuasa wanita;
-Api: simbol aksi, gerak balas dan kekuatan fizikal;
-Udara/angin: simbol perhubungan dan keintelektualan; dan
-Roh/semangat: simbol kuasa panduan.Lambang pentagram dipercayai ditemui di Lembah Euphrates -Tigris kira-kira 6,000 tahun lalu.
Sejarah Pentagram terbalik dikatakan bermula pada zaman Perang Salib.
Pahlawan Templar adalah pasukan tentera bawah arahan paderi yang meraih banyak kekayaan dan kemayshuran daripada derma atau perbendaharaan Yahudi.
sumber dari http://www.hmetro.com.my/ 24 Januari 2006 ( Isnin )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home