Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 24, 2006

NGO kesal dengan kenyataan Rafidah


Monday, January 23 @ 18:47:51 MYT
Oleh MOHD SABRI SAID
SUNGAI PETANI, 23 Jan(Hrkh) - 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis kesal dengan pendirian Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz yang mengatakan tuntutan menteri-menteri bukan Islam wajar dan bersifat konstruktif.Sebagai seorang Menteri Kabinet dari sebuah parti pemerintah yang mewakili majoriti orang Islam di negara ini kenyataan beliau sangat mengecewakan dan memperlihatkan kedangkalan beliau terhadap status undang-undang Syariah.

Presiden Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Haji Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti bertindak memastikan status undang-undang Syariah tidak dirosakkan oleh pemimpin seperti Rafidah dan kumpulan yang berfikiran sekular dan beroriantasikan kebaratan di negara ini.

NGO Islam tahu, Perdana Menteri tertekan dengan ancaman tersebut maka sesuatu patut dilakukan segera untuk menjamin keadaan negara menjadi aman semula.

"Pergerakan Wanita Umno tidak harus mengeluarkan kenyataan yang kurang manis dihati masyarakat Islam. Sebaliknya, beliau harus bersama Presiden mereka bukan membantu golongan bukan Islam menekan perasaan Perdana Menteri dalam isu 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, " ujarnya lagi.

Menurut beliau, peruntukan 121 (1A) yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil tidak boleh dipersoalkan kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan di Parlimen.

Pengerusi, Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah (ISRA), Dato' Syeikh Azmi Ahmad pula menegaskan, pelaksanaan undang-undang Syariah di negara ini tidak pernah menafikan hak orang bukan Islam seperti yang cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Justeru itu, semua orang Islam di negara ini tidak mudah dikelirukan oleh pihak-pihak yang bersikap negatif terhadap undang-undang Syariah dengan cara memburuk-burukkan undang-undang berkenaan.

"Orang bukan Islam tidak pun dinafikan hak mereka hidup dalam Negara Malaysia. Kenapa mereka harus takut dan bimbang, " terangnya dalam kenyataan tersebut.

Yang DiPertua Persatuan Ulamak Cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Profesor Madya Dr. Wan Salim Mohd Nor berkata, NGO Islam mempersoalkan siapa mereka untuk campurtangan dan menuntut undang-undang syariah di ubah?.

Tidak ada sebab, untuk merubah perlembagaan persekutuan terutamanya dalam hal perkara 121 (1A).

"Mereka kena hormat Perlembagaan Persekutuan bukan mendesak supaya ia diubah, " katanya.
Semasa pertemuan stratejik yang diadakan di Pejabat Teras di Taman Pekan Baru, Sungai Petani itu beberapa langkah diambil untuk mengambarkan kesepaduan menentang memorandum walaupun ia ditarik balik.

Antaranya, penubuhan Mahkamah Perlembagaan, serah memorandum pada Sultan dan Gabenor, melalui khutbah Jumaat, banner, edaran risalah, pertemuan mufti-mufti, forum khas dan banyak lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home