Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 17, 2006

Gejala Black Metal salah siapa?

Alhamdulillah siang tadi berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Berkebetulan Dato Seri Anwar Ibrahim, yang pernah satu ketika dahulu bermastautin di Seksyen 15 Subang Jaya, turut menunaikan solat Jumaat di sana.
Menarik tajuk khutbah Imam lantikan JAIS. Tajuk yang diulas adalah gejala Black Metal yang dikatakan mula bertapak dikalangan remaja, muda-mudi Islam pada hari ini. Lalu Pak Imam pun menyentuhlah asal-usul Black Metal itu yang dikatakan diasaskan oleh seorang berbangsa Yahudi.
Dari seorang berbangsa Yahudi budaya menyembah syaitan dan gila-gila ini menyelusup masuk ke dalam masyarakat Barat dan kini tercampak dan hinggap pula kalangan remaja Melayu.
Maka yang bersalah adalah si Yahudi, yang bersalah adalah Barat, yang bersalah adalah kalangan remaja tadi, yang lain bagaimana?
Yang menetaskan telur hiburan di luar batasan itu siapa, yang memupuk dan menggalakkan budaya kuning ini sehingga ditagihi oleh anak-anak bangsa siapa?
Baguslah mimbar Jumaat prihatin dan memperkatakan isu ini, akan tetapi mimbar juga perlu tegur pihak berwajib yang asalnya mengizinkan budaya hiburan tak menentu ini sehingga kini sudah di luar kawalan.
Entahlah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home