Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, January 25, 2006

Isu ketuk ketampi - PAS mahu Polis laksana syor Suruhanjaya


Parti Islam Se Malaysia (PAS) menyokong 7 syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Untuk Menyiasat Prosedur Tetap Operasi, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan Berhubung Dengan Pengendalian Pemeriksaan Tubuh Berkenaan Dengan Penangkapan Dan Penahanan Oleh Polis sebagaimana dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 16 Januari 2006 yang lalu. PAS mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya melaksanakan syor-syor Suruhanjaya berkenaan dan cadangan-cadangan Laporan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia.

PAS menegaskan syor-syor dan cadangan-cadangan berkenaan amat penting bagi menjamin kredibiliti dan integriti PDRM.

PAS akan menulis surat kepada Ketua Polis Negara untuk mengadakan pertemuan dan berbincang pelaksanaan syor-syor dan cadangan-cadangan Suruhanjaya berkenaan.

KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
SETIAUSAHA AGUNG PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
24 Januari 2006 bersamaan 24 Zulhijjah 1426

0 Comments:

Post a Comment

<< Home