Latar belakang pemimpin tertinggi Hamas
Khaled Meshaal yang dikenal pasti sebagai pemimpin Hamas berpangkalan di Damsyik. Khaled membuat keputusan mengenai dasar Hamas selepas berunding dengan para pemimpin di Tebing Barat dan Gaza serta Damsyik. Beliau mengekalkan pendirian tidak berkompromi dengan Israel. Khaled pernah terselamat daripada percubaan membunuh oleh Israel di Jordan pada 1997.
Mahmoud Zahar pemimpin politik tempatan Hamas dan merupakan salah seorang pengasas pergerakan ini. Beliau merupakan doktor peribadi kepada Sheikh Ahmed Yassin, bekas pemimpin Hamas yang dibunuh dalam serangan Israel di Gaza pada 2004. Mahmoud mengamalkan pendirian tegas dan keras terhadap Israel dan berpegang kepada ideologi menolak kewujudan negara Yahudi di Asia Barat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home