Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 29, 2006

Muslimat anjur seminar celik Parlimen

CELIK PARLIMEN....Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Azizah Khatib Mat yang diiringi oleh Pengerusi Hal Ehwal Parlimen dan DUN Aiman Athirah Al Jundi bermesra dengan isteri-isteri wakil rakyat dalam satu seminar CemenDigma (Celik Parlimen/DUN;Satu Anjakan Paradigma). Seminar sehari itu diadakan di Markaz PAS Taman Melewar dan dirasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat. Turut bersama mengikuti seminar itu Isteri Menteri Besar Kelantan Tuan Sabariah Tuan Ishak, dan disertai perwakilan dari setiap negeri
Saturday, January 28 @ 19:14:15 MYT
KUALA LUMPUR
, 28 Jan (Hrkh)- Dewan Muslimat PAS melalui Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN (HEPDUN) mengadakan seminar Celik Parlimen sebagai inisiatif melahirkan kesedaran kepada seluruh Muslimat PAS terhadap senario politik negara.

Seminar sehari ini turut disertai hampir seluruh perwakilan negeri dan turut bersama juga isteri-steri wakil rakyat, berlangsung di Markaz PAS Taman Melewar. Ketua Muslimat PAS Pusat Azizah Khatib Mat dalam ucapan rasminya yang bertajuk 'Menggugah Kredibiliti Muslimat' mengingatkan para pimpinannya di peringkat pusat mahupun di negeri agar tidak leka dan terlalu cepat berpuas hati kerana perjuangan mereka masih jauh.
Katanya, setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan kelangsungan serta kesinambungan pemerintahan ulama terutamanya mempertahankan Kelantan. Beliau juga mencadangkan agar seluruh kepimpinan muslimat di semua peringkat agar berusaha giat mempelbagaikan aktiviti muslimat baik dalaman apatah lagi bersifat luaran. "Saya kira telah tiba masanya untuk Dewan Muslimat khususnya menerusi lujnah-lujnah yang bersikap lebih serius dalam memainkan peranan agar turut selari dengan fungsi kementerian ataupun jabatan yang ada dalam sistem pentadbiran negara,"katanya.
Sementara itu, Pengerusi HEPDUN Aiman Athirah Al Jundi menjelaskan program ini adalah sebagai platform untuk memberi maklumat betapa pentingnya peranan parlimen dan DUN dalam senario politik negara. "Inisiatif ini lahir daripada kesedaran kami untuk terus mahu melihat gerakan muslimat celik dalam politik negara,"katanya.
Turut mengikuti seminar itu, antaranya Senator Wan ah dan Rohani Ibrahim, isteri Menteri Besar Kelantan Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Ajk PAS Pusat Dr Mariah Mahmood, dan isteri-isteri pimpinan PAS Pusat.
Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub yang bertajuk 'Fungsi Parlimen dan DUN serta Kepentingannya Dalam Sistem Kerajaan Berdemokrasi' dan kertas kedua disampaikan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang bertajuk 'Umara' Silam Qudwah Pemimpin Kini'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home