Peristiwa bersejarah pergerakan Hamas
Disember 1987 : Sekutu Ikhwan Muslimin Mesir di Gaza menubuhkan Hamas, beberapa hari selepas kebangkitan Palestin menentang pendudukan Israel. Pergerakan ini ditubuhkan untuk memerangi askar dan orang awam bagi menubuhkan sebuah negara teokrasi di Israel, Tebing Barat dan Gaza.
1993-1994: Hamas menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin.
1994: Hamas memulakan kempen serangan berani mati di Israel bagi menggagalkan pelan damai.
1996: Hamas meningkatkan serangan berani mati selepas pembunuhan ketua pembuat bomnya oleh Israel. Empat serangan bom pada musim bunga 1996 telah membunuh sekurang-kurangnya 60 penduduk Israel dalam tempoh lapan hari.
2000: Kebangkitan Palestin kedua pada September selama empat tahun setengah telah menyebabkan lebih 3,500 penduduk Palestin dan 1,000 orang rakyat Israel terbunuh. Hamas bertanggungjawab melancarkan sebahagian besar daripada serangan berani mati.
2004: Pengasas dan pemimpin rohaniah Hamas, Sheikh Ahmed Yassin dibunuh dalam serangan peluru berpandu Israel pada lewat Mac. Penggantinya, Abdel Aziz Rantisi dibunuh dengan cara yang sama empat minggu kemudian.
Disember 2004: Hamas menyertai sistem politik apabila menyertai pilihan raya perbandaran.
Februari 2005: Perisytiharan gencatan senjata tetapi dicemari oleh serangan roket menjelang pengunduran Israel dari Gaza.
Mac 2005: Hamas mengumumkan akan menyertai pilihan raya perundangan Palestin. Presiden Palestin enggan melucutkan senjata pergerakan ini kerana bimbang tercetusnya perang saudara.
September 2005: Israel menamatkan pendudukan 38 tahun di Gaza. Hamas mendakwa pengunduran tersebut hasil daripada penentangan bersenjatanya dan berikrar menamatkan pendudukan Israel di Tebing Barat.
Januari 2006: Menyertai dan memenangi pilihan raya Parlimen Palestin.
sumber dari http://www.utusan.com.my
0 Comments:
Post a Comment
<< Home