Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 22, 2006

Tuntutan untuk menuntut ILMU....


"Allah pernah berfirman kepada Nabi Daud " Ya Daud, pakaikan dikakimu kasut daripada besi dan bawalah tongkat besi dan pergilah menuntut ilmu sehingga kasutmu carik dan tongkatmu pecah. Kalau kita fikirkan sudah tentu kasut besi tidak akan carik dan tongkat besi tidak akan pecah sampai bila-bila pun walaupun Nabi Daud dah meninggal.
Allah pernah berfirman kepada Nabi Daud " Ya Daud, pakaikan dikakimu kasut daripada besi dan bawalah tongkat besi dan pergilah menuntut ilmu sehingga kasutmu carik dan tongkatmu pecah. Kalau kita fikirkan sudah tentu kasut besi tidak akan carik dan tongkat besi tidak akan pecah sampai bila-bila pun walaupun Nabi Daud dah meningal. Itu maknanya Nabi Daud dituntut oleh Allah untuk menuntut ilmu sepanjang hayat. Demikianlah pentingnya ilmu untuk sdituntut oleh setiap manusia sepanjang hayat. Ilmu yang paling penting bukan sahaja ilmuj keduniaan tetapi ilmu untuk menjamin keredaan Allah dan mengelakan api neraka...Nauzubillah...
Rasulullah pernah memuji kesungguhan Salman al Farisi dengan menyatakan " Jika ilmu itu disangkut di bintang Suraya, nescaya anak Farsi akan memanjat bintang itu untuk mendapatkan ilmu " Demikianlah kesungguhan Salman untuk mencari ilmu. Beliau sanggup kemana sahaja yang ada majlis ilmu. Ini jauh sekali daripada sesetengah kita yang tak sanggup berkorban sedikit masa untuk ke surau dan masjid untuk mendengar kuliah agama yang amat penting kepada kita sebagai bekalan ke akhirat.
Rasulullah juga pernah memuji Saidina Ali dengan mengibarat Ali sebagai pintu ilmu manakala beliau sendiri adalah gedung ilmu. Itulah beberapa ibarat yang menerangkan tentang pentingnya menuntut ilmu bagi setiap orang Islam demi mendapat keredaan Allah dan rahmat Allah...InsyaAllah....
Oleh itu marilah kita bersama-sama ke masjid dan surau yang ada majlis ilmu untuk kita mendalamkan ilmu akhirat. Jangan jadi penyokong PAS yang begitu taksub tetapi takdak ilmu. Orang begini akan menjadi penyokong yang membuta tuli dan penyokong yang tiada roh perjuangan dan penyokong yang senang lompat parti jika ada habuan yang lumayan...."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home