Bangkitlah Umat Islam...whoooii..udah-udah le tidoq tu...
Hairan ya..ayah tak mampu nak tegur anaknya yang buat salah..kot kalau takmau rotan pon nasihat dengan tegas lah...
Sebagai perdana menteri..sebagai ayah atau bapa kepada kerajaan Malaysia, sepatutnya memandang serius isu penghinaan terhadap Islam. Lebih-lebih lagi telahpun disiarkan juga oleh SARAWAK TRIBUNE...anak sendiri
Tak malukah paklah (PM) jika anaknya berbugil ke hulu dan ke hilir membuat tayangan amal?? (contoh sebagai misalan) bukankah tindakan 'tayangan amal' itu suatu tindakan BIADAP serta MENCEMAR MARUAH lagi MENCONTENGKAN ARANG KE MUKA (BELIAU) ?? itu kalau anaknya memalukan dirinya sahaja..Kalau anaknya memalukan serta menghina ISLAM...agama yang (kononnya) beliau anuti ??
Pelik juga kalau sebagai Perdana Menteri Malaysia tapi tak rasa marah terhadap orang yang menghina serta melukis-lukis penghinaan terhadap BOSS nya DYMM SPB Yang Dipertuan Agong...ish..kalaulah aku lukiskan penghinaan kepada YDP Agong..nescaya PAKLAH (PM) hantar sekurang-kurang satu batalion polis mai rumah aku nak sumbat aku masuk ISA. Tapi penghinaan terhadap BOSS segala BOSS..MALIKUL MULK..masih dia tak buat apa-apa
sebagai pengerusi OIC...whoooiii paklah (PM)...jangan malukan kami sebagai rakyat Malaysia yang muslim lagi beriman..kalau nak BERSEKONGKOL atau BERSEKUTU (istilah ahzab) dengan orang kafir tu..letak jawatan pengerusi OIC dan Perdana menteri Malaysia, pi bersekutu dengan depa atas nama peribadi... Kami takmau dimalukan sebegitu rupa...jangan pimpin kami masuk neraka bersama-sama kamu.
Kenapa ya...apabila tercetus isu POLIS MENDERA RAKYAT CINA (kafir) KETUK KETAMPI BUGIL paklah (PM) hantar wakil pi mintak maaf kepada kerajaan China dan nak ambik tindakan tegas terhadap polis yang terlibat..tup-tap bukan warga China tetapi Orang Melayu Islam, senyap tanpa kata..takdak maaf dan takdak tindakan tegas..tu kalau orang kafir di-aniaya...kalau orang kafir meng-aniaya..melukis penghinaan terhadap Islam..apa tindakan PAKLAH (PM)..
kepada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi...gunakan saluran UNDI itu untuk menyatakan rasa DIRI INI TERHINA DENGAN TINDAKAN PM (yang juga pengerusi OIC) YANG MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP ORANG YANG MENGHINA ISLAM...
Undilah orang Islam yang Beriman serta Bertaqwa kepada Allah..Undilah orang yang sewajarnya supaya anda dipimpin ulama' bukannya anda meng-GAM-kan ulama'..Undilah orang yang boleh memimpin anda ke arah JIHAD FI SABILILLAH..jihad yang sebenar-benar jihad, bukannya undi orang yang takut berjihad serta mahukan pelajaran JIHAD dibuang dari sukatan pelajaran.
Ish-ish banyak betul kepelikan yang berlaku akhir-akhir ini...hai.. kiamat yang hampir tiba pun pelik jugak..langit merekah, bintang berguguran, dan macam-macam lagi benda pelik...awat (kenapa) manusia (khususnya rakyat Malaysia) masih tak mahu memahami?? Jangan tak-dan (tak sempat) nak taubat sebelum terbit fajaq kat barat udah le..
sumber dari pas-network@yahoogroups.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home