Scroll images by bigoo.ws

Monday, February 13, 2006

Jangan pandang rendah demontrasi PAS

Ramai yang memandang rendah dan meremehkan usaha mengadakan demonstrasi dan bantahan terhadap media Denmark yang diadakan di Kuala Lumpur 10 Februari lalu. Tetapi tidak ramai yang sedar kepentingan demonstrasi berkenaan. Pertama, hanya beberapa minit selepas demonstrasi diadakan, media antarabangsa di seluruh dunia menyiarkan berita mengenainya, biarpun media nasional menyepi diri.

Seawal jam 15:20 GMT BBCmelaporkan bahawa perhimpunan yang bermula di Masjid Kampung Baru itu adalah yang 'terbesar' sejak beberapa tahun lalu.

AP pula melaporkan, "Thousands of Muslims marched on Friday in the countrys biggest demonstration against the caricatures, calling for the destruction of Denmark, Israel and the US."

Lebih menakjubkan, laman web akhbar Jyllands-Posten yang bertanggung jawab memulakan penyiaran gambar karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, turut menyiarkan berita mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur.

Saya mengunjungi laman web Jyllands-Posten lebih kurang jam 12 malam hari berkenaan. Walaupun saya tidak memahami bahasa Denmark, namun saya yakin berita yang disiarkan ialah mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur. Anda boleh merujuk kepada tulisan di bawah yang saya petik daripada laman:
http://www.jp.dk/udland/artikel:aid=3550882/

I dårligt selskab

I den hidtil største demonstration i Malaysias hovedstad Kuala Lumpur råbte over 2000 demonstranter "længe leve Islam, død over Danmark, død over Israel, død over George Bush, død over Amerika", mens de vandrede mod den danske ambassade. Malaysias bliver ligesom Indonesien betragtet som et tolerant og moderne islamisk samfund, men vreden over tegningerne ser ud til at vokse. Torsdag forbød den malaysiske regering enhver offentliggørelse, import, cirkulation eller besiddelse af de famøse tegninger, og avisen Sarawak Tribune, der har trykt tegningerne, blev lukket på ubestemt tid.

Voksende kløft

Samtidig med demonstrationen åbnede Malaysias premierminister Abdullah Ahmed Badawi en konference, hvor han uden at nævne tegningerne talte om den voksende kløft mellem de muslimske lande og vesten. Han udtrykte frustration over vestens politik i Irak, Afghanistan og Palæstina og den ensidige opfattelse af Islam:
"De tror, at Osama Bin Laden en talsmand for hele religionen og dens tilhængere," sagde han og tilføjede, at dæmonisering af Islam og bagvaskelse af muslimer er udbredt i de vestlige lande.

Kedua, anda tidak boleh memperlekeh usaha memboikot barangan Denmark. Ada yang berhujjah bahawa boikot tidak memberi apa-apa kesan kepada negara Barat itu.

Tetapi ingat, bahawa syarikat Arla Foods sudah kerugian RM 6.84 juta sehari hasil kempen boikot yang dijalankan di negara-negara Arab. Andaikata umat Islam bersatu hati berusaha mengeluarkan produk sendiri yang bermutu tinggi dan memulaukan barangan daripada negara Barat, tidakkah itu akan memberikan kesan kepada ekonomi dan politik mereka!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home