Scroll images by bigoo.ws

Monday, February 13, 2006

‘Palestin, Asia Barat akan singkir Israel’

TEHERAN: Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, berkata Palestin dan negara lain akan akhirnya menyingkirkan Israel dari rantau Asia Barat.

Ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-27 revolusi Islam, beliau sekali lagi mempersoalkan "kisah dongeng Holocaust.""Kita meminta Barat memindahkan apa yang mereka wujudkan 60 tahun lalu dan jika mereka tidak mendengar nasihat kita, negara Palestin dan negara lain akhirnya tetap akan mengusir mereka.

"Pindahkan Israel dari rantau itu sebelum terlambat dan selamatkan diri kamu daripada kemarahan negara serantauDalam ucapannya itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa Holocaust adalah kisah dongeng dan berkata Eropah menjadi tebusan Zionis Israel.

Beliau turut mendakwa negara Eropah tidak membenarkan golongan cerdik pandai yang tidak memihak membuat siasatan di Eropah dan menyediakan laporan saintifik mengenai hakikat sebenar Holocaust.

"Holocaust yang sebenarnya adalah apa yang berlaku di Palestin dengan Zionis mempergunakan kisah dongeng ini untuk mengugut dan mewajarkan pembunuhan wanita dan kanak-kanak serta menyebabkan orang yang tidak berdosa merempat," katanya.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya umum di Palestin dan kejayaan kumpulan Hamas jelas menunjukkan kemahuan sebenar rakyat wilayah itu."Kamu (Barat) menuntut demokrasi tetapi tidak menghormati keputusannya. Kelihatan Kamu hanya mahukan bentuk demokrasi yang hanya tunduk kepada dasar kamu," katanya merujuk kepada pilihan raya di Iraq dan Palestin.

Berjuta-juta penduduk Iran menghadiri sambutan itu semalam serta melaungkan sokongan terhadap kerajaan berhubung isu nuklear selain mengutuk Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home