Jangan potong bantuan kerana Hamas - Ismail

Beliau berkata demikian beberapa jam sebelum empat perantara damai Asia Barat yang dikenali sebagai kuartet itu bersidang di London untuk membincangkan pendekatan mereka terhadap Hamas berikutan kemenangannya dalam pilihan raya Parlimen Palestin minggu lepas.
Ismail cuba meredakan kebimbangan masyarakat antarabangsa bahawa dana bantuan akan digunakan untuk membiayai keganasan.
Beliau menegaskan: ``Kami memberi jaminan kepada anda bahawa semua wang bantuan akan dibelanjakan untuk membayar gaji, menyara kehidupan seharian dan membina infrastruktur.''
Beliau turut menggesa Kuartet Asia Barat itu mengadakan rundingan tanpa syarat dengan Hamas.
``Kami meminta dialog tanpa prasyarat dan dengan semangat berkecuali,'' kata Ismail.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home