Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 31, 2006

Lagi kes tuntut jenazah Islam

Satu persatu perkara yang membabitkan isu agama Islam berlaku, dari kes Moorthy, dituruti oleh kes Nyonya Tahir dan hari ini kes yang sama berulang kembali untuk dalam tempoh 2 bulan dimana kes melibatkan seorang lelaki India yang dikatakan beragama Islam tapi dinafikan oleh keluarga beliau yang beragama kristian. Sampai bila isu ini akan berlanjutan. Jika sebelum ini kita dapat lihat bagaimana betapa kurang ajar 9 pemimpin negara kita yang bukan beragama Islam yang begitu berani bersatu dan menghantar memorandum kepada Pak Lah bagi membuat pindaan akta 121 ( 1A ). Tindakan tersebut mendapat sokongan dari seorang pemimpin wanita nergara kita yang beragama Islam. Dimanakah maruah kita apabila isu ini dbangkitkan. Dimanakah sentimen kita sebagai seorang umat Islam yang dikatakan Islam...??????..cuba kita lihat dan kita sama-sama renungkan, "orang bukan Islam sanggup bersatu untuk membela agama mereka apabila berlaku permasalahan seperti ini tetapi orang Islam di Malaysia seperti ambil tak endah jika berlaku kes murtad yang melibatkan umat Islam......". Dimanakah pemimpin kita yang beragama Islam terutama pucuk pimpinan kerajaan Malaysia yang majoritinya beragama Islam.....????
MELAKA 30 Jan. - Satu lagi kes membabitkan isu tuntutan jenazah Islam oleh keluarga bukan Islam.

Kali ini membabitkan seorang lelaki berketurunan India N. Anthonysamy, 71, yang dikatakan beragama Islam tetapi dinafikan oleh ahli keluarga yang beragama Kristian.

Jenazah bekas pekerja ladang tembikai itu gagal dituntut ahli keluarganya di Rumah Mayat Hospital Melaka (HM) kira-kira pukul 2 petang hari ini setelah pihak polis mendapat maklumat bahawa dia beragama Islam.

Anthonysamy yang nama Islamnya, Mohd. Sani Abdullah, mengalami keracunan dan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 pagi setelah dimasukkan ke HM pada 12.30 tengah malam tadi.
Ketua Polis Balai Merlimau, Inspektor Azlan Limat berkata, pihaknya menyedari status sebenar agama Anthonysamy melalui rakan kepada salah seorang anaknya, Henry, 38, yang tidak dikenali namanya.

Menurut Azlan, rakan Henry telah memberitahu mengenai perkara itu dan meminta supaya bertanya mengenainya kepada rakan baik Anthonysamy, Said Md. Desa, 47, seorang peniaga pasar di Jasin.

``Dalam pertemuan dengan saya, Md. Said mengesahkan bahawa dia adalah salah seorang saksi ketika Anthonysamy memeluk agama Islam,'' katanya ketika dihubungi.

Kata Azlan, beliau juga diberitahu bahawa Anthonysamy yang mempunyai tujuh orang anak sudah lama bercerai dan tidak lagi tinggal serumah dengan ahli keluarganya sejak 15 tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Abd. Halim Tawil mengesahkan Anthonysamy telah memeluk Islam pada 1 Julai 1992 di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Melaka dengan nama Mohd. Sani Abdullah.

Katanya, perkara itu akan dirujuk kepada Perkim Melaka dan sebarang tindakan lanjut akan ditentukan esok.

``Kita masih menunggu dokumen dari Perkim Melaka untuk membuktikan bahawa Anthonysamy benar-benar memeluk agama Islam.

``Saya dimaklumkan bahawa secara prinsipnya, ahli keluarga Anthonysamy tidak membantah tetapi mereka mahu bukti mengenai status agama warga tua itu,'' ujarnya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home