Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 31, 2006

Media Denmark hina nabi

JEDDAH: Dua badan politik Islam utama dunia, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab, kelmarin bertegas membawa isu lakaran kartun Nabi Muhammad oleh sebuah akhbar Denmark, ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta mendesak badan dunia itu mengenakan sekatan bagi melindungi agama.Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu, memberitahu wartawan bahawa pertubuhan itu akan `meminta Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi mengharamkan sebarang jenis serangan terhadap agama' manakala, Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmad Ben Helli, mengesahkan usaha sudah dibuat untuk mengemukakan cadangan itu kepada PBB.

"Rundingan kini dijalankan pada peringkat atasan antara negara Arab dan OIC dalam usaha mendesak PBB menerima resolusi mengharamkan penghinaan terhadap agama dan mengenakan sekatan terhadap negara atau institusi berkenaan," Ben Helli.Dua belas kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan dalam akhbar Jyllands-Posten September lalu dan dicetak semula majalah Norway awal bulan ini mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia. Liga Islam Sedunia (MWL) beribu pejabat di Makkah kelmarin berkata ia menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, menggesa badan dunia itu dan organisasinya menghentikan kempen menghina Islam dan Nabi Muhammad.

"MWL mewakili minoriti dan pertubuhan Islam seluruh dunia menyampaikan kepada PBB dan pertubuhan antarabangsa lain kemarahan umat Islam berhubung kempen menghina Islam dan Nabi Muhammad dilancarkan beberapa media Barat," kata Setiausaha Agung MWL, Dr Abdullah Al-Turki, dalam surat kepada Annan.Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen, kelmarin berkata kerajaannya tidak dapat mengambil tindakan dalam
perkara itu sambil menekankan akhbar Jyllands-Posten tidak berniat menghina umat Islam apabila menyiarkan lakaran itu.

Namun, ketika Rasmussen cuba meredakan kemarahan umat Islam, Libya kelmarin menutup kedutaannya di negara itu sebagai tanda bantahan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home