Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, February 07, 2006

Juara Lagu hina waktu maghrib

"Jika di Barat medianya mempersendakan umat Islam melalui penyiaran kartun wajah Rasulullah tetapi di negara ini, medianya berusaha melalaikan umat Islam daripada menunai solat."

TEMERLOH, 6 Feb (Hrkh)- "Red carpet jam 7.30 malam, siaran secara langsung jam 8.30 malam. Tamat Juara Lagu hampir jam 12 malam.TV3 pula menyiarkan azan tak sampai satu minit menjelang siaran secara langsung red carpet. Bila mereka semua sembahyang Maghrib."Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh para penonton TV3 malam tadi.

Bagi mereka, stesen TV itu langsung tidak sensitif dengan ajaran agama Islam bahkan masing-masing seolah-olah mempermainkan kalimah Islam misalnya Insya Allah, Alhamdulillah dan sebagainya.

Mereka kecewa dengan rancangan Juara Lagu ke 20 yang disiarkan dan dianjurkan oleh TV3 malam tadi.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Nasruddin Hassan meminta stesen TV berkenaan agar lebih prihatin terhadap agama dengan menjaga sensiviti umat Islam agar tidak menjadi egen yang melalaikan orang ramai daripada beribadah.

Menurutnya media seharusnya memberi ruang yang secukupnya kepada orang ramai untuk mengerjakan ibadah solat Maghrib dengan cara melewatkan waktu penyiaran program menarik sehingga melepasi waktu solat Maghrib.

Pakaian ala telanjang
Beliau merujuk kepada program Juara lagu 2005 malam tadi yang disiarkan seawal jam 8.30 malam. Siaran secara langsung Red Carpet pula bermula jam 7.30 malam di mana artis-artis yang pakaian mereka hampir telanjang berarak masuk ke Dewan Merdeka di bangunan Umno.

"Peminat Juara Lagu yang memasuki dewan lebih awal itu berkemungkinan akan meninggalkan solat maghrib dan stesyen televisyen berkenaan tidak sepatutnya menjadi penyebab kepada peminat program itu meninggalkan solat.

"Ini boleh dielakkan dengan oleh media berkenaan dengan cara melewatkan masa siaran atau menganjurkan solat berjamaah di dalam dewan.

"Sekarang, siapa yang mahu pikul dosa mereka semua,"kata beliau lagi.Katanya tindakan stesyen berkenaan adalah suatu usaha untuk menjauhkan masyarakat daripada agama dan disifatkan sebagai suatu usaha untuk melalaikan umat daripada solat, tambahan pula masa waktu solat maghrib adalah singkat.

"Ia tidak jauh berbeza sebenarnya, cuma caranya saja berbeza," katanya ketika ditemui sebelum berceramah di Darul Amin, Sungai Gau dekat sini malam tadi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home