Scroll images by bigoo.ws

Monday, February 06, 2006

Astora Jabat, Utusan Malaysia dan 4 Nombor Ekor

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Utusan Malaysia ada lah salah satu akhbar arus perdana berbahasa melayu yang telah lama berakar tunjang di bumi Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Utusan Malaysia di miliki oleh Kumpulan Utusan Melayu yang menjadi satu media penyiaran bercetak yang di baca oleh orang Melayu dan majoritinya pula beragama Islam.

Untuk pengetahuan kita semua, semua syarikat syarikat perbankan yang mengamalkan sistem perbankan Islam telah TIDAK menyenaraikan Kumpulan Utusan Melayu sebagai tempat perlaburan mereka. Ini boleh kita sendiri menyiasat dan bertanya penasihat penasihat syariah mana mana syarikat perbankan tersebut mengapa mereka tidak memilih Kumpulan Utusan Melayu sebagai destinasi perlaburan dana mereka?.

Ini adalah kerana Kumpulan Utusan Melayu ini mengamalkan perniagaan yang bertentang dengan syariah atau lebih tepat lagi Haram. Mengapa mereka mengatakan haram melaburkan dana di Kumpulan Utusan ini?. Ini adalah kerana Kumpulan ini menjadi ejen pengiklanan bagi
syarikat perjudian 4 nombor ekor (Magnum Corporation) dan Sport Toto. Memang benar. Kumpulan Utusan Melayu melalui akhbar hariannya Utusan Malaysia menyiarkan keputusan judi kedua dua syarikat gergasi judi itu 3 kali seminggu.

Dengan menjadi ejen pengiklanan syarikat perjudian tersebut, Kumpulan ini dibayar dengan bayaran yang tinggi dan menjadi sumber pendapatan disamping hasil jualan harian surat khabar. Pendapatan dari hasil pengiklanan ini jelas Haram. Manakala jika ada pembeli yang membeli akhbar tersebut untuk membaca berita semasa disamping untuk mengetahui keputusan judi tersebut, maka wang jualan akhbar itu juga haram.
Jika ada pembeli yang bukan kaki judi, tapi semata mata mahu membaca berita semasa, kemudian bila sampai ke muka surat yang mengiklankan keputusan judi tersebut, tiba tiba tergerak hati lalu mencuba membeli nombor nombor tersebut, maka hukumnya juga
haram.
Pendek kata segala galanya haram dan wang haram itu bercampur aduk antara satu sama lain, sama ada yang dibayar oleh syarikat syarikat judi tadi atau pun dari pembeli akhbar itu sendiri. Ini lah yang merupakan sumber pendapatan bagi Kumpulan ini. Kalau anda was was dengan persoalan haram ini boleh lah bertanya pada ustaz ustaz yang lain yang lebih arif.

Maka, dengan sumber pendapatan haram ini lah Kumpulan Utusan Melayu, khasnya Utusan Malaysia membayar gaji pekerja pekerjanya. Dari Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus hinggalah ke Buruh. Termasuklah gaji Astora Jabat dan wartawan wartawan lainnya. Kita tidak kisah lah
tentang wartawan wartawan lain seperti wartawan hiburan atau wartawan sukan dengan harapan bila sampai masa nanti mereka bertaubat. Tetapi lain dengan Astora Jabat. Ini kerana Astora Jabat adalah seorang penulis kolum yang membabitkan kesucian agama Islam.
Sebagaimana yang kita semua tahu, Islam sangat menitik beratkan tentang sumber rezeki dan punca darimana datangnya makanan itu. Banyak hadis dan cerita cerita dari ulamak silam tentang bagaimana pentingnya sumber rezeki yang halal bagi setiap muslim yang boleh
mempengaruhi tingkah laku, cara hidup dan cara berfikir seseorang. Rezeki yang tidak halal boleh menyebabkan hati menjadi keras dan liar.

Dari duit pendapatan yang jelas haram itu, Astora Jabat membelanjakan wang tersebut untuk membeli keperluan harian untuk dirinya dan keluarganya. Termasuklah membeli makanan untuk diri sendiri. Makanan yang dimakan inilah yang akan membentuk darah dan daging yang didalamnya mengandungi zat zat dan vitamin. Maka zat zat ini akan membentuk dan mengalir di segenap tubuh badan Astora.

Diantaranya pula membentuk cecair cecair sel otak Astora. Dengan cecair cecair sel ini lah, Astora membuat gerak kerja, rumusan, kajian, mendapat idea tentang Islam dan menyebarkan kepada orang ramai melalui Utusan Malaysia.

Oleh itu, sering kali kita dapati pendapat Astora berlawanan dengan kesucian Islam bila kita membaca artikelnya. Dalam hal seperti ini kita seharusnya tidak boleh menerima pakai hasil kajian ilmiah yang bersangkut dengan Islam yang direncam oleh cecair sel otaknya yang tumbuh dari rezeki yang haram itu kerana boleh menyesatkan ummah.

Dari segi tanggung jawab sosial pula, lebih lebih lagi kepada masyarakat Melayu Islam, Utusan Malaysialah yang menggalakkan ummah kepada judi. Judi itu haram dan merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Utusan Malaysia mengabaikan tanggung jawab ini denganmendekatkan masyarakat kepada perjudian.

Disini lah juga UMNO menjadikan penyebaran wadah perjuangan dengan slogan HIDUP MELAYU mereka. Wadah mereka bercampur baur dengan pengiklanan kearah kemaksiatan. Beberapa ramai ahli masyarakat Melayu yang terjerumus kelembah perjudian hasil pengiklanan ini sejak puluhan tahun yang lampau tidaklah di ketahui melainkan Allah Taala.

Astora Jabat, sebagai seorang yang rajin bercerita tentang Islam, sepatutnya terlebih dahulu memperbetulkan keadaan ini. Jelas disini Astora gagal merubah kesilapan ini kerana tubuh badan beliau sendiri telah menjadi sebahagian dari kemaksiatan itu. Dari itu, kebanyakan pendapatnya tidak jauh berkisar disekitar kepentingan peribadinya sendiri denganmemperggunakan kesucian Islam. Kebenaran Islam gagal diperkatakannya kerana kepentingan perut melebihi segala galanya.

Islam baginya sebagai alat cari makan yang boleh di olah biar sesuai dengan kehendak Boss nya. Ini akan terjadi jika kita gagal menyelidik dari mana datangnya rezeki itu. Awasi Astora Jabat, kerana beliau sesat lagi menyesatkan.

1 Comments:

Blogger Unknown said...

AWAK TIDAK BOLEH TAFSIR BEGITU DENGAN LOGIK MATEMATIK, HALAL HARAM JUDI PUN AWAK TAK FAHAM, APA ITU JUDI? APAKAH MAKSUD JUDI? APA DEFINISI JUDI IKUT QURAN? AWAK PUN SANGAT DANGKAL FASAL ILMU. KALAU NAK HENTAM ASTORA TU BIARLAH AWAK PANDAI SIKIT, NI MACAM BUDAK TADIKA YANG TAK KENAL ABC LAGI PASAL AGAMA.

1:05 AM  

Post a Comment

<< Home