PM diminta kotakan kata-kata
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa supaya menghayati dan mengotakan kenyataannya seperti yang dilaporkan akhbar perdana Selasa lalu yang dipetik sebagai berkata, berlaku adil kepada semua pihak adalah satu tuntutan dan amanah Allah.
Isteri tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Norlaila Othman berkata, Abdullah seharusnya mengotakan kata-katanya itu lebih-lebih lagi kepada tahanan ISA yang kini meringkuk dalam kem tahanan tanpa sebarang pendakwaan atau perbicaraan.
Beliau berkata demikian semasa dihubungi Harakahdaily baru-baru ini ketika mengulas kenyataan Abdullah yang tersiar dalam akhbar harian Selasa lalu.
Abdullah antara lain dilaporkan sebagai berkata, “Berlaku adil pada semua pihak adalah satu tuntutan dan perintah Allah yang diamanahkan terhadap seseorang pemimpin, dan saya sentiasa berpegang pada tuntutan itu.
Ucapan itu dirakamkan dalam satu majlis sempena Sambutan Tahun Baru Cina bersama pemimpin MCA di Pulau Pinang baru-baru ini.
Abdullah juga dilaporkan sebagai berkata, beliau sentiasa berusaha memastikan sebarang tindakannya, samada untuk kepentingan untuk umat Islam atau bukan Islam, adalah adil dan saksama.
Mengulas lanjut kenyataan itu Norlaila (isteri kepada tahanan ISA Mat Sah Mohd Satray) berkata, alangkah bertuahnya jika Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri , benar-benar menghayati dan ikhlas dalam menuturkan kata-kata tersebut.
"Berulang kali saya membaca dan menatap tulisan tersebut, kerana hampir tidak percaya, bahawa akhirnya , kata-kata itu tercetus jua dari bibir Perdana Menteri Malaysia itu.
"Kenapa saya kata ‘alangkah bertuahnya jika PM benar-benar ikhlas menuturkan kata-kata hikmat itu” ? Ya, sudah tentu saya merasa amat bertuah kerana berdasarkan kata-kata itu, suami saya, seorang tahanan ISA yang telah di tahan sejak 2002, mungkin berpeluang untuk dihadapkan ke mahkamah untuk diadili," katanya.
1 Comments:
Brother,
Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?
Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.
Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...
Pantun untuk Dato' Seri Najib:
Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.
Pian Gombak.
Post a Comment
<< Home