Scroll images by bigoo.ws

Monday, February 06, 2006

ROAD SHOW PEMUDA PUSAT TENTANG PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN DI ADAKAN PADA 10 FEB DI MELAKA

MELAKA 6 FEB : Dewan Pemuda PAS Pusat akan meneruskan road show tentang isu Perkara 121(1A)Perlembagaan Negara pada 10 Feb ini. Ketua Penerangan DPP Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah dalam kenyataannya Sabtu lalu memberitahu bahawa Program tersebut akan bermula selepas Solat Jumaat di mana seluruh ahli Pemuda Melaka diminta berkumpul di Masjid Negeri Al-Azim sebelum bertolak ke Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka untuk menyerahkan Memo kepada JAIM.
Seterusnya pada jam 5.00 petang hari yang sama, DPP Negeri akan mengedarkan risalah penerangan terhadap isu ini di kawasan Pasar Malam Teluk Mas. Seluruh ahli Pemuda di negeri ini diarahkan berkumpul di Balai Islam Teluk Mas pada jam 5.00 petang.
Pada sebelah malamnya pula ceramah umum akan diadakan di Balai Islam Teluk Mas di mana ceramah tersebut akan di sampaikan oleh Hanifa Maidin, Ketua Penerangan DPP Pusat dan Us Kamaruddin Sedik, Ketua DPP Negeri Melaka.
Sehubungan dengan itu Yuhaizad menyeru seluruh ahli DPP Negeri Melaka supaya sama-sama mengambil bahagian dalam program yang sangat penting ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home