Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

Hidup dan petrol

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengimbangi kesan kenaikkan petrol yang amat ketara kali ini?.Aku pelik dengan cara pemerintah mengumumkan kenaikkan harga minyak pada kali ini.Kenapa tak diumumkan semasa waku perdana sebagaimana lazimnya.Kenapa diumumkan seperti orang takut sahaja,seperti orang yang telah melakukan dosa besar sahaja lagaknya.

Aku betul-betul terasa bagaikan baru lepas kena rompak kali ini selepas mendengar berita kenaikkan harga minyak.Dengan sedikit kegembiraan yang cuba diselitkan dengan janji kerajaan yang tidak akan menaikkan harga pertol lagi dalam tahun ini.tapi ini tak memberikan sebarang kesan yang baik bagi harga barang keperluan harian.

30 sen terlalu banyak bagi individu yang berpendapatan rendah seperti aku.Apa perlu aku buat?Jual kereta ?Jual motor?Kita pakat naik bas pergi kerja?Mustahil!!!! Kos tiket bas ulang alik pergi kerja sebenarnya lagi tinggi kalau nak di bandingkan dengan kenaikkan harga petrol.Tu belum diambil kira kemungkinan kenaikkan tambang bas pula.Belum dikira masa yang terbuang menunggu bas waktu pergi dan balik kerja.

Mari lah berkempen secara senyap unuuk menunjukkan tanda protes dan pada masa yang sama mengimbangi kehilangan yang bakal kita hadapi dengan kenaikkan harga petrol ini.

kalau lah saya mampu mempengaruhi semua rakyat Malaysia supaya tidak melakukan sebarang aktiviti sepanjang hari pada cuti Sabtu dan Ahad yang akan datangi ini.Kita duduk rumah saja selama dua hari bercuti ini,tak payah keluar pergi mana-mana pun.Tak payah pergi shopping complex,berhibur,bercuti.Pendek kata kita tak payah isi minyak kereta,bayar tol,tak perlu beli barang-barang yang entah apa-apa kat shopping kompleks tu.Dalam satu bulan kita buat dua kali cuti sabtu dan ahad.Aku rasa kesannya besar.

Sepatutnya kesan kesusahan ini kita tanggung bersama.Ini tidak golongan perniaga takkan terjejas dalam soal ini.Mereka dengan sewenang-wenangnya akan menaik harga barangan jualan.Alasannya untuk menampung kos penghantaran yang tinggi.Tapi yang sebenarnya gaya hidup mewah yang perlu dijaga.Kita sebagai pengguna sekali lagi menjadi mangsa.

Tapi rakyat Malaysia terlalu baik hati .Harga minyak naik mencanak macam ni pun boleh diam jer,relak macam tak ada apa yang berlaku.Paling aku menyampah bila wartawan TV3 interview mereka jawab,"naik sikit jer,Kat Thailand lagi tinggi","kenaikan sikit jer tak membebankan rakyat".Tapi kita ni duduk kat Malaysia bukan di Thailand.Sekolah perakuanan mana dia orang pakai bandingkan harga minyak RM dengan RM.Memanglah ia akan menunjukkan kat Malaysia lebih rendah.Banding la RM dengan Bath ke ,dengan Dollar S'pore ke, mana yang lebih tinggi.

Kenapa tak dibandingkan terus kos sara hidup di Thailand dan Filipina? Harga barangan runcit di Thailand dan Filipina bagaimana?

Harga sewa rumah, kenderaan, tambang pengangkutan dan seumpamanya bagaimana?
Kenapa tak pula dikhabarkan yang jumlah minyak yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia lebih banyak dari negara-negara ini, kalau demikian sepatutnya harga runcit minyak di sini jauh lebih murah lagi?!

Barangkali semua itu tak perlu kerana rakyat Malaysia ini baik-baik belaka. Dibakar poketnya, ditebuk tabung simpanannya, mereka kan tetap tunduk dan patuh, tanpa banyak kira bicara.

Kehidupan aku terjejas teruk demi memastikan kelangsungan kehidupan anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home