Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

Kenaikan Harga Bahan Bakar dan Anda

Reaksi kepada kita bila harga minyak naik...

Katakan anda membelanja kira-kira RM120.00 sebulan untuk petroleum sebelum ini, maka kenaikan baru bererti anda akan terpaksa berbelanja RM142.00 sebulan, iaitu kira-kira RM0.75 sen sehari.

Roti Canai dijangka akan dijual berbeza RM0.10 sen dan begitu juga teh tarikh. Satu tambahan sebanyak RM0.20 sehari.

Makan tengah hari paling kurang dijangka meningkat RM0.30 ekoran kenaikan harga gas, sayuran dan lain-lain. Banyak bahan makanan akan naik kerana kilang-kilang menggunakan bahan bakar untuk janakan. Ini belum masuk kos kenaikan tarif elektrik yang dijangka akan turut naik dalam masa terdekat ini.

Sehingga tengah hari, setiap hari kos tambahan terbeban akibat kenaikan harga bahan bakar tadi, sudah pun menjangkau R1.25 bagi setiap individu, iaitu minyak 0.75 sen, sarapan RM0.20 dan makan tengah hari RM0.30 sen. Nasi lemak dijangka akan dijual dengan harga RM1.20 sen, satu kenaikan RM0.20

Di rumah, belanja harian juga akan meningkat. Sayuran-sayuran, harga ikan, harga gas cecair semuanya naik. Dijangka, bagi satu keluarga kenaikan perbelanjaan harian akan meningkat sekurang-kurangnya RM2.00 sehari.

Jelasnya, kenaikan bagi kerajaan ialah RM0.30 sen liter tetapi bagi rakyat, kos tambahan berupa tidak kurang dari RM3.00 sehari bagi mereka yang berkeluarga dan RM1.00 sehari bagi setiap individu bujang. Itu belum masuk makan 'dinner'.

Harga minyak dinaikkan pada kali terakhir pada bulan Julai 2005 ketika harga minyak ketika itu berada di paras RM70 satu tong. Dua hari lepas harga minyak turun kepada RM63 setong dan hari ini turun lagi ke paras RM61 satu tong.

Jelas, kenaikan harga minyak kali ini bukanlah berdasarkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia. Ia berupa satu kenaikan akibat kerajaan memerlukan wang untuk membiayai RMK9 yang akan bermula pada hujung bulan ini. Tanpa RM4.4b ini, projek-projek pembangunan tidak akan terlaksana. Ramai orang tahu kerajaan kekurangan wang.

Tanpa wang itu projek baru tidak dapat dilaksanakan. Ini jelas kerana dasar fiskal kerajaan hari ini ialah bajet berimbang tidak seperti pada zaman Dr Mahathir dulu yang mengamalkan bajet defisit. Dasar sekarang, kalau tiada wang, jangan belanja.

Cuma diharapkan, sumbangan dari rakyat kali ini tidak disalahgunakan. Baru-baru ini, Mahkamah mendedahkan bagi satu 'deal' kontrak, sahaja, iaitu pampasan bagi tol Cheras, kerajaan membayar lebih dari yang diperlukan sebanyak RM750 juta. Ini berupa penyalahgunaan wang rakyat dalam jumlah yang banyak. Kita tahu terdapat berpuluh-puluh projek yang setiap satunya memakan belanja RM1b tetapi kita tidak tahu berapa ratusan juta dari setiap projek itu diselewengkan seperti yang didedahkan oleh Justice Sri Ram baru-baru ini.

Apakan daya kita hanya boleh melihat sahaja. Kita masih menunggu orang yang melakukan penyelewengan dihukum. Dua tiga orang sudah dihadapkan ke mahkamah, tetapi belum ada yang terhukum. Apakah ia sekadar mencuci mata sahaja?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home