Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

Ramai askar AS sakit jiwa

WASHINGTON: Lebih satu pertiga askar Amerika Syarikat yang kembali bertugas dari Iraq, mengalami masalah tekanan jiwa sehingga perlu diberi bantuan kaunseling.

Kajian Institut Penyelidikan Tentera Walter Reed di Silver Spring, Maryland, mendedahkan satu pertiga atau 35 peratus askar terbabit memerlukan sekurang-kurangnya satu sesi kaunseling mental sekembalinya mereka ke AS.

Satu perlima atau 12 peratus pula disahkan mengalami masalah mental akibat pengalaman di medan perang.

Kadar trauma mental di kalangan veteran Iraq lebih tinggi iaitu 19 peratus berbanding yang pernah berkhidmat di Afghanistan (11.3 peratus) dan di kawasan lain (8.5 peratus).Hasil kajian pakar psikatri, Dr Charles Hoge itu disiarkan edisi terbaru Journal of the American Medical Association.

sumber dari http://www.bharian.com.my ( Khamis / 2 March 2006 )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home