5,000 gadis Melayu tukang urut
Bukan lima bukan lima puluh bukan juga lima ratus tetapi angkanya menurut Senator Rizuan Abd Hamid mencecah lima ribu, iaitu bilangan gadis Melayu yang bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut di sekitar Lembah Kelang.
Beliau membangkitkan perkara ini oleh kerana menurutnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memfatwakan bahawa HARAM hukumnya bagi wanita Islam untuk berkerja di tempat-tempat seumpama ini.
Rumah urut di Lembah Kelang bukannya mengurut sebagaimana bidan mengurut wanita dalam pantang, tetapi di rumah-rumah urut ini wanita yang menjadi tukang urut dan yang diurut adalah jantan-jantan yang memang pantang diurut.
Ringkasnya rumah-rumah urut di Lembah Kelang samada yang berlesen maupun yang tidak rata-rata adalah pusat-pusat maksiat belaka.
Dan ditempat-tempat puaka inilah anak-anak gadis Melayu dibayar dengan harga yang lumayan oleh taukeh-taukeh tuan punya rumah urut bagi memberikan khidmat mengurut para pelangan mereka Cina, Melayu, India dan orang asing.
Ianya biasa berakhir dengan tubuh anak-anak gadis Melayu tadi digomol dan diperlakukan oleh jantan yang telah membara nafsu serakahnya lantaran mendapat khidmat urut tadi.
Lalu terceburlah anak-anak bangsa ke kancah pelacuran yang HARAM dan hina itu.
Bagaimana ini boleh berlaku?Kata Rizuan kerajaan tidak serius menanganinya samada kerana kurangnya penguatkuasaan maupun kurangnya kerjasama antara PBT dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Beliau menuntut agar satu Jawatankuasa Kabinet dibentuk segera untuk memantau dan menangani perkara serius ini.
TPM Najib Tun Razak ketika membuat ulasan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Rizuan ini telah dipetik sebagai berkata dalam akhbar THE STAR:
The problem of thousands of Malay girls working in massage parlours in Klang Valley cannot be solved just by setting up a Cabinet committee. This is a complex problem which requires a holistic approach that should encompass enforcement, religious education and strengthening of family institutions.
Masalah ini tidak boleh selesai dengan hanya membentuk satu Jawatankuasa Kabinet. Ianya satu masalah yang rumit yang memerlukan pendekatan menyeluruh yang melibatkan badan penguatkuasa, pendidikan agama dan memperkukuhkan institusi keluarga.
Saya melihat respon Najib ini tidak serius dan hanya sekadar memberi ulasan, ia tidak berbentuk arahan yang bersungguh.
Dalam erti kata lain, TPM merasakan tidak perlu sebuah JK Kabinet dibentuk walaupun mengakui angka lima ribu yang didedahkan oleh Rizuan itu.
Kerana itulah kita lihat bila pihak JAWI mahu menubuhkan badan sukarelawan yang menjalankan kerja-kerja memantau bagi pihak Penguatkuasa JAWI, kabinet telah mengarahkan ianya dibubarkan.
Dan kini apabila sudah sampai keperingkat anak-anak bangsa terjebat dengan begitu ramai dalam kancah maksiat sebagai satu aktiviti mencari rezeki, pemimpin bertaraf TPM masih tidak pandangan serius perkara ini.
Bagi saya angka mereka yang terlibat dalam industri maksiat ini sebenarnya lebih besar. Kalau lima ribu itu melibatkan mereka yang menjadi tukang urut, bagaimana pula mereka yan menjadi GRO, yang bekerja menghidang dan mempromosi arak di kelab-kelab malam dan pusat hiburan. Berkemungkinan angkanya lebih besar lagi.
Yang sedihnya, hakikat ini dipandang sepi oleh pihak pimpinan negara. Dan sehingga pendekatan HOLISTIK Najib itu diambil (entah bila agaknya) maka teruslah anak-anak bangsa kita akan menagih wang dengan melacurkan tubuh, mempergadaikan maruah, mempersetankan agama, kerana siapa pun tidak peduli, kerana yang pentingnya adalah wang dan cari makan.
sumber dari http://n32.blogspot.com/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home