Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 26, 2006

Bandar satelit ‘airport city’ bakal dibangun di Pengkalan Chepa

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mendapat jaminan Jabatan Pengairan dan Saliran Pusat untuk membina benteng di kawasan pelupusan sampah Teluk Kitang, Pengkalan Chepa. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyuddin Hassan berkata, benteng berkenaan akan dibina di kawasan itu bagi mengawal daripada dihakis ombak.

Bagaimanapun katanya, pada jangka masa panjang tempat pelupusan sampah itu akan dipindah ke kawasan lebih tinggi mungkin di luar kawasan MPKB-BRI.

"Ini kerana kawasan Teluk Kitang akan dibangunkan bandar satelit, bagaimanapun ia masih dalam pertimbangan untuk perancangan jangka panjang. Sudah ada beberapa syarikat bersetuju membangunkan kawasan itu sebagai bandar 'airport city'. Ia bakal mengandungi bangunan perniagaan, taman perumahan, pusat pelancongan,” katanya di sini.

Katanya juga, MPKB BRI setiap tahun memperuntuk lebih RM10 juta termasuk RM1 juta daripadanya membeli jentera baru bagi mengangkut sampah.

"Keadaan kebersihan di bandar ini bertambah baik berikutan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kebersihan. Untuk tahun ini kita akan memastikan tong sampah lebih banyak diletakkan di tempat-tempat awam,” katanya.

Menurutnya juga, hasil lawatan kerja di Morroco baru-baru ini didapati tahap kebersihannya begitu baik, biar pun negara itu baru membangun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home