Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 26, 2006

ORANG BUKAN ISLAM JANGAN MELAMPAU - MAT SABU


AYER MOLEK 26 JAN : Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi amaran supaya golongan bukan Islam di dalam negara kita jangan melampau sehingga berani menyentuh kedaulatan Islam di dalam negara kita.
"Saya ingin mengingat golongan ini serta golongan orang Islam yang munafik supaya jangan bertindak melampau sehingga berani menyentuh sensitiviti umat Islam, dengan menggesa perkara 121 (1A) perlembagaan negara dipinda" tegas beliau."Kesabaran umat Islam ada hadnya, jangan sampai kamu berani memijak kepala kami" tegas beliau.Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah umum beliau di Markaz PAS Kg Solok Gaung di sini malam tadi.
"Golongan bukan Islam ini berani berbuat demikian kerana ada orang Islam yang buka jalan kepada mereka" beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kes penangguhan undang-undang syariah yang telah diluluskan di Parlimen tetapi ditangguhkan perlaksanaannya oleh PM kerana terdapat ditentang oleh Shahrizat Jalil.
"Kita juga sungguh kesal dengan 'kelembikan' dan 'kelemahan' PM sekarang yang langsung tidak berani dan gagal memainkan peranan sebagai Ketua Negara dalam isu-isu besar yang melibatkan kedaulatan Islam" tambah beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.
Menyentuh isu demokrasi, Hj Mohamad Sabu mengingatkan kerajaan Islam Hadhari hari ini supaya kembali mengamalkan demokrasi sebenar kerana beliau khuatir andaikata demokrasi ditutup maka mungkin akan ujud 'Dr Azahari' di Malaysia."BN boleh menang 100 % kalau mereka mahu, iaitu dengan jalan menutup demokrasi, tetapi mereka jangan menyesal kalau ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di dalam negara kita" tambah beliau lagi.PAS kata beliau sentiasa komited dengan jalan pilihanraya sebagai kaedah perjuangan untuk menegakkan Islam dan tidak pernah memberikan lampu hijau kepada ahli-ahli untuk bertindak diluar batasan demokrasi.
Jadi adalah diharapkan kerajaan pada hari ini supaya kembali memulihkan demokrasi terutama dalam perjalanan pilihanraya."Kita melihat bahawa keujudan golongan 'pengganas' ini adalah disebabkan anak-anak muda berasa putus asa dengan tertutupnya demokrasi disesebuah negara" tegas beliau.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya III PAS Melaka, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Adly Zahari dan Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home