Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 26, 2006

Presiden lancar Kempen Ahli Pemuda PAS Terengganu


KUALA TERENGGANU, 25 Jan (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan melancarkan `Kempen Pemuda Kita Ahli Kita’ sempena Liqa’ Fikri Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu pada 27 Januari ini.

Setiausaha Pemuda PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, Tuan Guru Abdul Hadi juga akan menyampaikan ucap utama dan membentangkan kertas kerja bertajuk `Mengembalikan Kemenangan PAS di Terengganu: Peranan Pemuda dan Cabaran’ pada majlis itu. Katanya, Presiden PAS akan menyampaikan borang keahlian PAS dan Pemuda kepada wakil Pemuda PAS kawasan-kawasan pada majlis yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Marang bermula jam 3 petang itu.
Sehubungan itu, beliau berharap para pemuda PAS seluruh negeri dapat memainkan peranan untuk menambahkan bilangan ahli kerana mereka adalah antara tenaga utama yang bergerak aktif dalam pilihan raya. "Pemuda negeri juga akan mengadakan pertandingan menambahkan jumlah keahlian yang melibatkan Pemuda kawasan selepas pelancaran itu," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS negeri di sini, hari ini. Tambahnya, Pemuda negeri akan mengatur beberapa program untuk tujuan itu di samping mengaktifkan kegiatan Pemuda di semua peringkat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home