Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 22, 2006

Islam Hadahari, Terengganu Bestari jadi BesutMari


Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Negeri Terengganu melalui pilihanraya umum ke-11 pada 21hb. Mac, 2004 lalu telah mengejutkan banyak pihak kecuali Datuk Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu. Rakyat Terengganu termasuk penyokong UMNO sendiri tidak percaya Idris berjaya menumbangkan sebuah kerajaan Islam pimpinan ulamak dengan majoriti yang besar (lebih hebat dari Ulamak UMNO sendiri, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi Menteri Besar Terengganu lebih suku abad) Melalui slogan Islam Hadhari, Terengganu Bestari, Idris bukan sahaja mampu memukau rakyat Malaysia kerana membuktikan UMNO/BN Terengganu memerintah semula Terengganu malah apa yang dikatakannya (BN 28, PAS 4) benar-benar menjadi realiti. Apa sebenarnya resipi kekuatan Idris dan UMNO Terengganu?

Kekuatan kempen Gelombang Biru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu pada 10 April, 2003 di Besut bagi menentang ”bulan purnama” sebagai permulaan kebangkitan rakyat Terengganu menolak kepimpinan PAS dinegeri itu.

Asas seruan Pak Lah adalah keikhlasan UMNO dan kerajaan Pusat bagi membantu rakyat Terengganu yang diperintah oleh PAS dengan janji-janji untuk membangunkan Terengganu dan pada masa yang sama menidakkan usaha pembangunan yang dibawa oleh PAS di Terengganu dan Kelantan.

Malah Idris dengan kerjasama Pak Lah disokong kuat oleh media perdana memcipta gelombang bencikan dasar Islam dan pemimpin-pemimpin PAS terutama Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menjadi Menteri Besar Terengganu ketika itu (Nomber, 1999- Mac 2004) dengan berbagai isu merampas royalti petroleum, menyeleweng wang zakat, mempermainkan hudud, gagal membawa pembangunan dan sebagainya untuk mengelirukan rakyat dan memusnahkan benteng kekuatan PAS yang dibina sejak tahun 1999.

Setelah hampir dua tahun Idris dan kroninya memerintah Terengganu, tiada pembangunan raksasksa yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Terengganu. Apa yang ada hanya replika Batu Bersurat (dibulatan Ladang), arca Piala Monsun dan pokok-pokok plastik yang bernyala diwaktu malam. Tiada lapangan terbang baru sebagaimana yang diwar-warkan (yang ada hanya tambahan bangunan terminal yang diluluskan sejak tahun 1999 lagi, disiapkan pada tahun 2004).

Begitu juga dengan lebuh raya, masih diperingkat perancangan sejak sebelum tahun 1999. Royalti Petroleum yang menjadi hak rakyat Terengganu pun masih lagi menjadi hak pusat dan bukan lagi hak negeri Terengganu seperti sebelum ini. Mana hebatnya kerajaan UMNO/BN – Islam Hadhari, Terengganu Bistari?

Malah ramai pegawai-pegawai kerajaan Terengganu yang telah sedar kesilapan mereka dan kesal kerana tindakan mereka menikam kerajaan Islam yang bertemakan Membangun Menurut Islam pimpinan ulamak dan menyebabkan UMNO berkuasa semula pada pilahnraya umum 2004 yang lepas. Semakin hari makin ramai pegawai kerajaan yang menderita dibawah kerajaan Islam Hahari, Terengganu Bestari. Rakyat apatah lagi...tanah yang diberi kerajaan PAS sebelum ini pun dirampas kerajaan negeri dibawah UMNO/BN.

Sejak awal pemerintahan semula UMNO/BN di Terengganu, beberapa pegawai kanan dan pegawai kontrak seperti Ketua Hakim Syarie, Pengarah Yayasan Terengganu, Pengarah Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) serta Timbalan Mufti Terengganu telah telah menjadi mangsa dipecat pada 25hb. Mac, 2004, iaitu selepas 4 hari memenangi pilihanraya dan kerajaan negeri yang baru belum mengangkat sumpat dan dibentuk secara rasmi.

Selain pegawai kontrak, seorang pegawai paling kanan dalam kerajaan negeri Terengganu ketika itu Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar bukan sahaja dinafikan hak untuk dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) malah dipaksa mengosongkan jawatannya sebagai Pegawai Kewangan Negeri dengan diarahkan bersara awal.

Untuk rekod, lebih kurang 4,000 pegawai kontrak kerajaan negeri Terengganu yang dilantik semasa kerajaan PAS memerintah telah dipecat atau ditamatkan perkhidmatan walaupun kontrak mereka masih ada lagi. Keadaan ini tidak berlaku semasa PAS mengambil alih kerajaan dari UMNO/BN pada hujung tahun 1999 dahulu (ada pegawai tidak disambung semula kontrak selepas kontrak mereka tamat).

Terbaru dimaklumkan seorang lagi pegawai kerajaan negeri terkanan Datuk Engku Mohamed Engku Abd. Rahman yang diberikan diberikan jawatan Timbahan Setiausaha Kerajaan (Tugas-tugas Khas) sebelum ini telah di”peti sejuk”an tanpa apa-apa tugas. Mengikut maklumat yang boleh dipercayai, jawatan tersebut ditukarkan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Projek Khas) dan diberikan kepada Wan Nawawi Wan Ismail seorang pegawai kerajaan yang dikenalpasti pro UMNO.

Dibawah pemerintahan UMNO/BN, pegawai-pegawai kerajaan Terengganu (TCS) dikatakan telah bercelaru selepas pegawai-pegawai kerajaan negeri pro UMNO yang menjadi ”kaduk naik junjung” ditambah sikap ”balas dendam” dikalangan orang politik UMNO. Malah kini berlaku fenomena BesutMari pula.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home