APABILA TUHAN DIPISAHKAN DARI ZAMAN KANAK-KANAK
Kalau kanak-kanak dipisahkan daripada ibu dan bapanya, mereka diserahkan pada ibu angkatnya, cuma kanak-kanak itu merasa ibu dan ayah angkatnya, ibu bapanya. Dia pun mencurahkan kasih sayang dan takutnya kepada ibu dan ayah angkatnya.Selepas berumur tiga puluh tahun, setelah dia dewasa, ibu dan ayah angkat, mengenalkan kepada ibu bapanya yang sebenarnya.Anak itu percaya, itulah ibu dan ayahnya yang baru dikenalnya, tetapi kasih sayangnya dan takutnya tiada kerana takut dan kasih sayangnya sudah ditumpahkan kepada ibu dan ayah angkatnya.
Begitulah seorang budak atau kanak-kanak, dizaman kanak-kanaknya hingga dewasa dipisahkan dengan Tuhannya, Tuhan tidak diperkenalkan kepadanya. Setelah dia dewasa baru diperkenalkan kepada Tuhannya.
Itupun mengikut kaedah sifat dua puluh, kaedah mujadid yang ketiga. Kaedah itu diwaktu itu sangatlah canggihnya, sangat berkesan kepadajiwa.Kaedah itu diajarkan asas. Mengenai Tuhannya, tidak mengapa, boleh juga tiada salahnya.Tetapi kaedah itu sudah terlalu lama,sudah expired untuk zaman kita. Kita kenalkan kepada manusia mengikut kaedah tambahan yang sesuai dizaman kita, barulah berkesan kepada jiwa. Tetapi di hari ini setelah dewasa diperkenalkan kepada Tuhannya, setelah berpuluh tahun, setelah dipisahkan daripada Tuhannya.
Kaedah itu sudah lama pula, bagaimanakah orang itu hendak takut dan cinta kepada Tuhannya. Sebab itu kita sendiri sudah berpuluh-puluh tahun baru dikenalkan Tuhan, itu pun tidak takut dan cintaikepada-Nya, sekadar percaya Tuhan itu ada. Kaedah yang dipelajari itu adalah aqidah cukup makan, sekadarkanmengesahkan iman kita,takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada di dalam hati kita, kerana kita sudah terpisah daripada Tuhan berpuluh tahun,dah berpuluh tahun baru diperkenalkan kepada Tuhan.
Itu pun mengikut kaedah yang lama. Sebab itulah mengenal Tuhan tidak berkesanpada jiwa.Sebab itulah kalau adalah orang menyembah Tuhan, menyembah Tuhan itu secara terpaksa,bukan dengan takut, cinta, terhibur dan bahagia. Sebab itu nak kenalkan Tuhan daripada kanak-kanak lagi, itu pun ditabi-tubi, jangan setelah dewasa baru nak diperkenalkan kepada Tuhannya. Cara itu sekadarkan nak mengesahkan aqidah,takut dan cinta pada Tuhan tidak ada.Kalau orang beragama, tidak takut dan cinta kepada Tuhan tidak ada indahnya, lebih-lebih lagi tidak rasa bahagia.
Rata-rata orang Islam sekarang sekadar percaya ada Tuhan,dan aqidahnya setakat cukup makandi mana cinta dan takut pada Tuhan tidak ada.Sebab itu Umat Islam dizaman ini selalu dihanyutkan oleh keadaan, pengakuannya Islam,amalannya mengikut akal fikiran, sudah jauh tersimpang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home