Hukuman mati jika hina agama
ROM 4 Feb. - Pemimpin politik Hamas, Mahmoud Zahar menyatakan bahawa mereka yang menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. wajar dikenakan hukuman mati kerana melemparkan penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.
''Kami sepatutnya membunuh semua mereka yang menghina Nabi Muhammad dan sebaliknya kami memprotes secara aman,'' kata Mahmoud, salah seorang pemimpin Hamas yang memenangi kerusi dalam pilihan raya Parlimen Palestin 25 Januari lalu, kepada akhbar Itali, Il Giornale hari ini.
Kartun tersebut telah mencetuskan kemarahan meluas di kalangan umat Islam.Di Bandar Gaza, penduduk Palestin melontar sebutir bom ke arah pusat kebudayaan Perancis semalam dan ramai penduduk memulaukan barangan Eropah terutamanya dari Denmark di mana kartun itu mula-mula disiarkan pada September lalu.
Puluhan ribu penduduk berarak di bandar-bandar Palestin, membakar bendera Denmark dan menuntut tindakan membalas dendam.''Kami sepatutnya menuntut hukuman sewajarnya terhadap mereka yang tidak menghormati agama dan tidak menghormati simbol-simbolnya yang suci,'' kata Mahmoud dalam wawancara itu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home