Scroll images by bigoo.ws

Saturday, February 04, 2006

PAS sokong polis tidak guna budibicara kepada semua

SEMANGGOL, 3 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Haji Ahmad Awang menyambut baik cadangan polis Kuala Lumpur untuk tidak lagi menggunakan budibicara dalam melaksanakan undang-undang tetapi berdasar sepenuhnya kepada undang-undang yang ada.

"Cuma yang kita harapkan, maksud tidak guna budi bicara itu bermakna undang-undang sama dikenakan untuk semua orang. Jangan pulak rakyat biasa tak boleh bawa kereta laju tetapi menteri atau wakil rakyat BN boleh pula," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah 27 Januari lalu berkata, polis tidak akan menggunakan lagi budi bicara atau bertolak ansur kepada mereka yang melanggar undang-undang bagi memastikan kepentingan pegawai polis berkenaan terjaga.

"Saya bersetuju benar kalau benar-benar niat dan tujuan polis kini hendak bersikap tegas ketika menjalankan tugas samada mereka yang menghadapai kesalahan trafik kepada semua lapisan masyarakat yang melanggarnya.

"Tetapi polis mesti bertindak tiada tolak ansur ini kepada semua peringkat kedudukan masyarakat. Misalnya kalau kereta menteri kabinet didapati lari laju lebih had, mesti dihukum pemandunya atau menterinya sendiri kalau yang memandu.

"Juga, kalau mulut menteri didapati celupar sangat, itu pun patut mendapat perhatian polis," ujarnya.

Yang menjadi masalah selama ini, kata beliau, ikan bilis sahaja yang terkena tindakan tetapi yang besar terlepas.

Sepatutnya ketegasan menjalankan undang-undang keselamatan negara telah dipraktikkan sejak merdeka lagi bukan sekarang baru hendak dibuat ke atas semua peringkat lapisan rakyat, katanya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home