Scroll images by bigoo.ws

Saturday, February 04, 2006

Sisters In Islam tidak ada hak bercakap atas nama Islam

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Sisters In Islam tidak ada hak untuk bercakap bagi pihak Islam kerana mereka tidak mengerti dan mendalami Islam. "Saya cabar kerajaan supaya mengharamkan Sisters In Islam dan mereka tidak berhak untuk bercakap berkenaan dengan Islam," ujarnya ketika merasmikan Ijtimak Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah PAS kawasan, Kuala Ibai, semalam.
Beliau menambah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Sisters In Islam berhubung perkara yang berkaitan dengan Islam boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada Islam.

Ini, katanya mungkin disebabkan mereka jahil mengenai Islam.Menurutnya, baru-baru ini keluar kenyataan daripada pemimpin Sisters In Islam melalui televisyen yang mempertikaikan orang lelaki mendapat harta pusaka sekali ganda daripada wanita sedangkan itu adalah keputusan daripada Allah.

"Orang yang tidak reti Islam boleh bercakap Islam, boleh lawan Islam. Sisters In Islam yang diberi nama `saudari-saudari perempuan Islam' tapi kerja dia, lawan Islam, lawan Tuhan, lawan hadis Nabi s.a.w.," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya PAS meminta kerajaan supaya bertindak dengan tegas dan berani termasuk mengharamkan pertubuhan-pertubuhan yang bernama Islam tetapi tidak bercakap tentang Islam.

"Mereka tidak ada pengetahuan tentang Islam sehingga menyentuh hukum- hukum yangdinaskan dalam al-Quran dan Hadis yang boleh dipertikaikan aqidah mereka.

"Ini termasuk Sisters In Islam kerana golongan ini menyanggah al- Quran dan golongan antihadis," katanya lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home