Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

KEBANGKITAN KUASA RAKYAT DINUSANTARA !!!

Perkembangan politik muktakhir di Asia Tenggara khususnya di Thailand dan Filipina menarik minat kita di Malaysia untuk mengikuti bersama. Kerana keadaan diThailand dan Filipina dianggap berjiran dengan negara Malaysia. Walau pun kedua-dua negara berlainan agama dengan penduduk Malaysia yang mana penduduk negara Thailand beragama Budha dan penduduk negara Filipina beramal agama Kristian tetapi dari segi geologi politik dan iklim bentuk muka bumi agak sama.

Dari segi politik majoriti negara di Asia Tenggara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Yang mana parti politik yang mendapat undi majoriti dalam pilihanraya yang dipilih oleh rakyat akan memegang tampuk kuasa! Namun demikian perkembangan muktakhir ke kedua-dua negara Thailand dan Filipina jelas mengambarkan kelemahan sistem pilihanraya walau pun parti yang memegang tampuk kuasa dipilih oleh rakyat!

Dimana silapnya sehingga bahang gelombang kebangkitan rakyat yang melanda dikedua-dua negara turut dirasai oleh negara Malaysia dan Indonesia! Cuma bezanya dari segi agama dimana majoriti rakyat Malaysia dan Indonesia beragama Islam. Tambahan pula dengan kenaikan harga minyak pasti akan menyebabkan rakyat dikebanyakkan negara terjejas termasuk Malaysia yang merupakan pengeskport minyak dan Indonesia yang suatu ketika dahulu merupakan pengeluar minyak dunia .

Namun kedua-dua negara tidak dapat menyerap kenaikan harga minyak bagi membendung kenaikan harga keperluan utama yang berasaskan sumber minyak! Alasan yang diberi tidak mampu untuk menanggung subsidi minyak! Bila kenaikan harga barangan naik sudah pasti akan menimbulkan kesengsaraan dan kemarahan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah! Sedangkan kekayaan dan kunci perbendaharaan negara dimonopoli oleh kroni-kroni pemerintah!

Sudah pasti suara tidak puas hati rakyat akan melanda termasuk di Malaysia dan Indonesia! Apakah kerajaan Malaysia dan Indonesia sudah bersedia menerima gelombang kebangkitan rakyat seperti mana yang berlaku di Thailand dan Filipina? Kalau sudah bersedia apakah reaksi Pak Lah dan Datuk Najib? Apakah mereka akan membuat kuasa darurat seperti di Filipina atau mengadakan piliharaya seperti yang berlaku di Thailand namun menghadapi ancaman pemulauan pilihanraya oleh parti politik pembangkang?

Atau pengiliran insan yang lain dalam parti pemerintah UMNO dengan dipersetujui oleh parti komponen Barisan Nasional untuk mengantikan Pak Lah dan Datuk Najib? Sama-samalah kita tunggu dan lihat. Apakah makin hampir Daulah Islamiah di Malaysia dan di Indonesia untuk mengantikan sistem pemerintahan pilihanraya yang dilihat gagal untuk menunaikan hak rakyat serta mengingatkan rakyat pada PenciptaNya!

Semoga Islam bangkit semula di sebelah Timur! Sudah tentu merupakan berita gembira pada Pencinta Islam. Amin Ya Rabbal
Allamin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home