Bush lebih kejam daripada Hitler
CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez menyifatkan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush lebih teruk daripada Hitler dan menegaskan negara itu menimbang untuk membeli lebih sejuta senjata api untuk mempertahankan negara itu daripada ditakluk AS.
Bercakap pada rapat umum bagi mengenang cubaan rampasan kuasa 1992 ketika beliau dalam tentera, Chavez memberi amaran Washington menimbang untuk menyerang Venezuela dan negara itu memerlukan lebih senjata api untuk mempertahankan diri.
"Kita masih memerlukan sejumlah besar raifal. 100,000 senjata Russia tidak memadai. Kita memerlukan lebih sejuta senjata api dan askar yang terlatih," katanya. Hubungan antara Washington dan Caracas tegang sejak beberapa bulan lalu ekoran tindakan AS mengkritik Venezuela membeli peralatan tentera termasuk lebih 100,000 raifal Kalashnikov buatan Russia.
Chavez memberitahu rakyatnya, beliau sudah mula menghubungi negara lain yang mampu membekalkan senjata api kepada negara itu.
Pada majlis sama, Chavez turut membidas kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Donald H Rumsfeld yang menyamakan beliau dengan Hitler selain memberi amaran terhadap pemimpin Bolivia dan Cuba yang kedua-dua sekutu Venezuela
0 Comments:
Post a Comment
<< Home