Scroll images by bigoo.ws

Monday, February 06, 2006

Rice akui AS memandang rendah pengaruh Hamas

Setiausaha negara Condoleezza Rice mengakui pada Ahad lalu bahawa Amerika Syarikat telah gagal untuk memahami dalamnya permusuhan kalangan rakyat Palestin terhadap pemimpin-pemimpin lama mereka. Permusuhan tersebut telah membawa kepada kemenangan Hamas dalam pilihan raya baru-baru ini. Berkecai sudah segala andaian dasar- dasar penting dan harapan Amerika di Timur Tengah.
"Saya telah tanya mengapa tiada yang nampak perkara ini akan berlaku," kata Rice, bercakap mengenai kakitangannya. "Ia menunjukkan sesuatu mengenai kami yang tidak mengjangka keadaan sebenar."

Sebaik sahaja selepas pilihan raya, pegawai-pegawai pentadbiran Bush berkata keputusan tersebut mempamerkan kehendak penduduk Palestin untuk perubahan dan tidak semestinya menyukai Hamas, yang mana Amerika Syarikat, Israel dan Kesatuan Eropah menganggap pertubuhan pengganas yang mahu memusnahkan Israel destruction. Tetapi komen Rice seperti mencerminkan andaian mengenai bagaimana pentadbiran telah gagal menjangka, atau faktor dalam pemikirannya, kemungkinan kemenangan Hamas.

Memang benar, kejayaan Hamas telah mencetuskan perbahasan sama ada pentadbiran telah terlalu taksub dengan kepercayaannya mengenai demokrasi sehingga ia tidak dapat melihat bahaya mengadakan pilihan raya di rantau di mana kumpulan Islam dalam kedudukan yang kukuh berbanding institusi demokratik.

"Banyak tuduhan akan dibuat," kata Martin Indyk, orang tengah dalam rundingan antara Amerika dan Timur Tengah ketika pentadbiran Clinton, yang merujuk kepada Mahmoud Abbas, presiden Palestin, dan parti Fatahnya. "Tetapi di pihak Amerika, kegagalan konseptual yang membawa kepada kegagalan tersebut kerana presiden percaya bahawa demokrasi dan pilihan raya menyelesaikan segala perkara."

Rice menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya mengejutkan semua orang. "Saya tidak tahu jika ada yang menjangka kemenangan Hamas," katanya dalam perjalanan ke London untuk perjumpaan mengenai Timur Tengah, Iran dan lain-lain hal. "Setengah mengatakan Hamas sendiri tidak menjangka kemenangan yang diraih."Dengan kebencian yang meningkat dalam beberapa hari, pegawai pentadbiran telah mempertahankan keputusan mereka untuk menyokong Abbas dengan bantuan Amerika dan menolak cadangan Israel apabila ia
memberi amaran bahawa pilihan raya tidak patut diadakan selagi Hamas mengambil bahagiandan enggan meletakkan senjata. Pegawai-pegawai tersebut menyalahkan Abbas kerana tidak menawarkan alternatif positif kepada Hamas.

Pegawai-pegawai Amerika berkata mereka tidak selesa dengan keputusan Abbas dimana pilihan raya diadakan tanpa Hamas meletakkan senjata, tetapi mereka teruskan juga kerana tiada alternatif. Salah seorang pegawai menceritakan bagaimana Presiden Bush secara peribadi tetapi tidak berjaya merayu kepada Abbas, Oktober lalu, untuk mendesak Hamas meletakkan senjata sebelum pilihan raya.

"Hakikatnya, Abu Mazen tidak akan lakukannya," berkata seorang pegawai merujuk pada Abbas. "Dia kata dia tidak akan lakukannya, kerana dia tidak mampu lakukannya."Apa yang Abbas tawarkan sebaliknya kepada White House adalah pelan mengelak perang saudara kalangan rakyat Palestin dengan memenangi pilihan raya dan kemudian melucutkan senjata daripada Hamas dan memasukkannya dalam arus perdana. Setelah pentadbiran memutuskan
untuk menyokong parti politik Abbas dengan apa jua diplomasi dan sumber yang ada.
Walaupun mengakui kegagalan menjangka kejayaan Hamas, Rice berkata keputusan Amerika adalah betul. Bertentangan dengan setengah laporan bahawa Abbas mahukan pilihan raya ditangguhkan, katanya penangguhan tidak munasabah dan tidak diterima.

"Perbincangan kami dengan Abu Mazen memberi gambaran bahawa dia mahu teruskan dengan pilihan raya dan teruskan mengikut yang dijadualkan," Rice berkata. "Kami terpaksa menyokongnya. Saya tidak faham bagaimana dengan melambatkannya akan memberikan natijah yang lebih baik."

"Anda tanya diri anda, adakah anda akan menyokong polisi yang menafikan penduduk Palestin pilihan raya yang sebelum itu telah dijanjikan untuk mereka hanya kerana ada orang yang takut akan natijahnya?"

Yang lain menjelaskan bahawa pilihan raya Palestin telahpun ditangguhkan sekali, daripada musim panas ke Januari bagi memberi Abbas dan Fatah masa untuk mengambil kesempatan pengunduran penduduk Israel keluar dari Gaza dalam bulan Ogos. Bagi membantu Abbas, Amerika Syarikat dan rakan Eropahnya mengutip beratus juta dolar bagi bantuan kepada Palestin, untuk membayar gaji mereka, menghantar pasukan keselamatan mereka, membayar bayaran kebajikan dan membina infrastruktur.

Jumlah bantuan luar kepada Palestin mencecah lebih $1 bilion setahun. Kini Rice akan berjumpa di London pada Isnin, bertemu dengan pegawai-pegawai tinggi Eropah, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Russia bagi mendesak Hamas meninggalkan ikrarnya menghapuskan Israel dan meminta Hamas melucutkan senjata dan berunding penyelesaian dua negara di Timur Tengah, atau hadapi risiko sekatan bantuan.

Ramai pemerhati menyalahkan Palestin bagi kebanyakan masalah yang dihadapi, khususnya korupsi dan salah tadbir dalam organisasi Fatah. Hamas telah mengambil kesempatan memberikan imej jujur dan rekod memberikan perkhidmatan yang baik.

Abbas diketahui sebagai seorang yang kecewa kerana gagal mengukuhkan kedudukan dengan mendapatkan pertolongan Amerika dalam memujuk Israel menghadkan pertumbuhan penempatan, membebaskan tahanan dan mengangkat pusat pemeriksaan dan sekatan jalan yang menghalang sumber pendapatan di Tebing Barat. Kekecewaan Abbas terhadap pentadbiran mengenai perkara ini ditimbal balik dengan kekecewaan di pihak Amerika terhadap Abbas kerana tidak lakukan secukupnya bagi menghentikan keganasan dan membasmi korupsi.

Pentadbiran mendapat tekanan daripada Eropah untuk cuba memujuk Hamas ke dalam arus perdana, dan ia tidak mahu menolak nasihat mereka ketika ia sedang cuba bekerjasama dengan Eropah untuk meminggirkan Iran.

Pegawai pentadbiran bekata bahawa dalam analisis pihak Israel, sikap Hamas dalan menerima tempoh "berdamai" pada tahun lepas — menghentikan serangannya terhadap orang awam Israel — bermakna ia sanggup memisahkan diri daripada kumpulan lain seperti Hezbollah dan
Palestinian Islamic Jihad. Pegawai-pegawai Israel dan Amerika merasakan trend seperti itu wajar digalakkan.

Mengenai peranan Abbas untuk melucutkan senjata dari Hamas selepas pilihan raya, seorang pegawai berkata: "Pada pemikiran kami, ada logiknya di situ dan tiada pilihan lain yang kami boleh paksakan ke atas beliau. Tetapi kami juga agak curiga."

Pentadbiran kemudian dengan segera bekerjasama dengan negara-negara Eropah dan lain-lain sekutu bagi membentuk "normative standards" bagi mana-mana kumpulan yang terlibat dalam proses politik. Ia akan menjadi fokus perbincangan di London, dengan sekatan kewangan
sebagai ancaman yang tersirat terhadap Hamas. Tetapi sekatan boleh memaksa Hamas pergi kepada sumber lain, seperti Iran untuk bantuan.

Rice memberitahu wartawan bahawa dia yakin akan kebijaksanaan menanamkan demokrasi di Timur Tengah. Pilihan raya telah memberi kuasa kepada kumpulan radikal anti Amerika di Mesir, Lubnan dan Iran, tetapi Rice berkata, alternatif tersebut adalah bagi menyekat kemarahan yang meluap di rantau tersebut yang boleh membawa kepada lebih banyak serangan pengganas di Barat.

"Terdapat peralihan besar di Timur Tengah, keseluruhan dan di bahagian-bahagiannya," katanya. "Natijah yang dapat kita lihat di banyak tempat, saya katakan, jangkakan yang tidak diduga mengenai mereka. Itulah hakikat perubahan besar lagi bersejarah."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home