Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

PAS MELAKA ANJURKAN HIMPUNAN BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK 3 MAC DI HADAPAN MASJID AL-AZIM

Badan Perhubungan PAS Negeri(BPPPN) Melaka akan menganjurkan himpunan membantah kenaikan harga minyak di perkarangan Masjid Al-Azim pada hari Jumaat 3 Mac selepas solat Jumaat.
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dalam kenyataannya yang dikeluarkan pagi ini menyeru seluruh ahli PAS Melaka dan rakyat jelata negeri ini agar sama-sama mengambil bahagian untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan BN yang sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak dengan tidak memikirkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat kesan dari kenaikan ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home