Scroll images by bigoo.ws

Thursday, March 02, 2006

PAS MELAKA LANCARKAN MAJLIS TINDAKAN DUN SELURUH NEGERI 19 MAC INI

Jabatan Pilihanraya PAS (JPN) Negeri Melaka akan mengadakan program pelancaran Majlis Tindakan DUN (MTD) seluruh negeri Melaka pada 19 Mac ini bertempat di Dataran Hamas, Simpang Kemendor dekat Jasin.
Program tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP), Dato' Haji Wan Abdul Rahim Abdullah yang juga merupakan Speaker DUN Kelantan.Menurut Ahli Jawatankuasa JPN, Haji Bakrin Sidek, semua AJK MTD-MTD seluruh negeri diwajibkan hadir.
Turut menyerikan program tersebut nanti ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zulkifli Ahmad;Pesuruhjaya PAS Negeri, Us. Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah JPN Melaka Hj Minghat Mamut.Program tersebut akan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home