Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 23, 2006

NST salahkan PAS dan NGO kerana gagalkan Memo Geng 10

Pada hari Jumaat lepas PM Dollah Badawi telah menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan meminda Perkara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan dan telah menolak memorandum Geng 10 (ada yang kata Geng 9 kerana Leo Toyad tak sign).
Kesimpulannya isu ini dikira selesai.
YB Salahuddin, Hj Mahfuz dan Us Idris mengetuai perarakan Jumaat lepas(gambar PERAKAN)Walaubagaimanapun berdasarkan kenyataan Samy Vellu (MIC), Lim Keng Yaik (Gerakan) dan Ong Ka Ting (MCA) kelihatan seolah-olah perkara itu sebenarnya belum selesai. Benar mereka menarik balik memo yang dimaksudkan atas nasihat PM namun semangat dan kandungan memo itu dikira akan dibangkitkan oleh mereka semasa mesyuarat kabinet. Dan bukankah maksud utama memo itu adalah bagi mendesak agar dipinda Perkara 121 (1)(A) kerana kononnya dikatakan menggugat hak asasi masyarakat bukan Islam.
Apa pun semua pihak sepatutnya akur pada kenyataan Dollah Badawi itu kerana bukankah beliau PM.
Anehnya arahan PM ini bagaikan dipandang sepi oleh NST. Semalam Pengarang Kumpulan NST, BERENDAN PEREIRA di dalam ruangan mingguannya PLAIN TALK telah mengulas isu ini atas tajuk:
SPOILERS GET A BREAK FROM MEMO MISSTEP
Pihak kacau daun berjaya atas silap langkah memo
Sesungguhnya BERENDAN memang antara pengarang akhbar yang telah mengekploitasi isu ini sehingga keperingkat tidak memperdulikan langsung sensitviti masyarakat Islam. Semasa isu ini bertiup kencang NST akan mengambil kenyataan mana-mana pemimpin Melayu yang kelihatan menyokong usaha meinda Perkara ini dan kemudiannya disusuli dengan berjurai-jurai komen dari pemimpin politik dan NGO bukan Islam yang lain.
Bukankah NST yang terbit di muka depannya gambar-gambar Geng 10 yang telah mengirim memo berpuaka kepada PM itu.
Kata BERENDAN isu ini kononnya berjalan dengan baik pada awalnya. Kononnya perbincangan secara terbuka berjalan dengan sihat diikuti dengan penyerahan memo berpuaka itu sehinggalah perhimpunan di Masjid Negara Jumaat lalu.
Beliau menulis:
The only hint of trouble came on Friday when a few hundred supporters of PAS and several NGO hit the streets. Their demonstration outside the National Mosque was very much in the character of fringe groups which can only play one role: that of a spoiler.
They stand at the sidelines when moderation and reason reign and only jump in when a misstep is made.
(Bayang-bayang kekacauan muncul pada hari Jumaat lalu apabila beberapa ratus penyokong PAS dan NGO berarak ke tengah jalanraya. Perhimpunan mereka di luar Masjid Negara sebenarnya mencermin kumpulan pelampau yang hanya tahu memainkan satu peranan sahaja iaitu: pengacau daun.
Mereka menyepi apabila keadaan tenang penuh rasional dan cuma melompat masuk apabila berlaku kesilapan.)
Yang saya perhatikan semasa isu ini dikemuncak dahulu NST lah yang sebenarnya membakar dan begitu ghairah melaga-lagakannya. Artikel-artikel yang terbit, semuanya dipilih dikalangan mereka yang restu dan cenderung dengan pandangan-pandangan pimpinan dan pemuka bukan Islam termasuklah dari Chandra Muzaffar, Harris Ibrahim, Zaid Ibrahim dan lain-lain.
Ruangan surat dari pembaca akhbar NST menerbitkan pandangan dan kritikan terbuka dari individu bukan Islam yang mahukan Perkara ini dipinda.
Tiba-tiba BRENDAN berani mengatakan when moderation and reason reign, yang terserlah ketika itu sebenarnya kritikan dan serangan terbuka terhadap keputusan kes Moorthy, Perkara 121 (1)(A) dan Islam sendiri.
BRENDAN dan suku-sakatnya barangkali berpuas-hati apabila mahu menyalahkan PAS dan pimpinan NGO-NGO Islam yang telah berjaya menggagalkan usaha jahat mereka itu.
Ketahuilah FRINGE GROUPS yang BRENDAN katakan itu sebenarnya tidak berpatah hati malah berbangga, setelah umat Islam diuji kesabaran mereka oleh tulisan berbentuk hasutan dari beliau dan rakan-rakannya serta tuntutan keterlaluan NGO-NGO bukan Islam termasuklah group NGO Hindu yang menuntut Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang memutuskan kes Moorthy itu agar dipecat, akhirnya apabila FRINGE GROUPS ini bangkit, kerajaan terus menutup rapat tuntutan kumpulan bukan Islam yang sudah sampai keperingkat mencetuskan kekacauan.
Memang usaha PAS dan NGO-NGO Islam bermula dengan demonstrasi hari Jumaat lalu dan penyerahan memorandum ke SUHAKAM adalah untuk menggagalkan tuntutan radikal Geng 10 dan masyarakat bukan Islam. Mereka bertindak mengikut saluran undang-undang, mengamalkan hak berkumpul dan bersuara sebagaiamana di peruntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mereka tidak merusuh, mereka tidak mengganas, jika BRENDAN marah dan tidak berpuas hati, bagi saya persetankan BRENDAN!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home